6 makanan
PELIHARA KECANTIKAN
Anda adalah apa yang anda makan. Kata-kata
ini memang benar kerana jika kita makan makanan yang berkhasiat, ia membekalkan
nutrein yang diperlukan tubuh dan membantu kita sihat, bertenaga dan memelihara
kecantikan.
Tak lari kan, semua wanita ingin kelihatan
cantik dan menawan Cuma ada kalanya kita kurang mengambil perhatian tentang
makanan yang membantu kita untuk kelihatan seperti bidadari.
Saya kongsikan makanan untuk menjaga
kecantikan dalaman dan luaran untuk kita sebagai wanita. Lelaki pun boleh cuba
juga.
MADU
Madu kaya dengan pelbagai khasiat, ia bukan
sahaja baik untuk kecantikan malah dikatakan dapat meningkatkan kesihatan.
Amalkan makan madu satu sudu setiap pagi ketika perut kosong.
Madu dapat
membekalkan tenaga dan membersihkan dalaman tubuh. Madu juga boleh dijadikan
masker untuk melembapkan wajah dan menaikkan seri.
Sapuan madu pada bibir juga
membantu mengatasi masalah bibir hitam.
JAMU/HERBA
Jangan hanya amalkan jamu atau herba ketika
berpantang.
Sebaliknya jadikan ia sebagai amalan harian. Jamu dan herba
membantu membersihkan dalaman tubuh dan memelihara kecantikan dalaman wanita.
Ia dikatakan dapat membaik pulih masalah dalaman yang dihadapi kaum Hawa.
Lihat
sahaja wanita Indonesia yang mengamalkan jamu, tubuh mereka langsing dan kulit
anjal. Itu hasilnya mengamalkan jamu sejak remaja.
MINYAK ZAITUN
Jadikan minyak zaitun sebagai suplemen
harian anda. Makan sebelum tidur malam.
Minyak zaitun sangat baik untuk
memelihara kelembapan kulit, halus dan cerah.
Selain itu, minyak zaitun juga
dapat melambatkan penuaan.
HABBATUS SAUDA
Jika tidak mampu makan jamu atau herba,
amalkan habbatus Sauda.
Kandungannya sangat baik untuk kesihatan dan dipercayai
dapat melansingkan tubuh serta membantu proses perkumuhan.
Pengambilan Habbatus
Sauda secara konsisten akan membuatkan tubuh segar dan berasa hangat.
SAYUR / ULAM
Ramai yang gemar makan sayur tetapi mereka
tidak mendapat khasiatyang terkandung di dalam sayur dan ulam.
Ini kerana cara
masakan yang salah. Sayur yang terlalu masak hilang khasiatnya.
Pastikan anda
memasak sayur dengan cara yang betul. Nikmat khasiat seperti Vitamin yang
terkandung dalam sayuran dan ulaman.
BUAH-BUAHAH
Buah-buahan enak dimakan, setiap satu
daripadanya mempunyai khasiat yang berbeza.
Pilih buah-buahan yang tinggi kandungan Vitamin. Ia membantu menjadikan kulit cantik berseri.
Selain itu, buah-buahan juga dapat melancarkan perkumhan dan membantu menurunkan berat badan.
Buah-buahan juga boleh diolah menjadi masker untuk merawat pelbagai masalah kulit.
#INFO SIHAT
#KECANTIKAN UNTUK ANDA SEMUA
Pilih buah-buahan yang tinggi kandungan Vitamin. Ia membantu menjadikan kulit cantik berseri.
Selain itu, buah-buahan juga dapat melancarkan perkumhan dan membantu menurunkan berat badan.
Buah-buahan juga boleh diolah menjadi masker untuk merawat pelbagai masalah kulit.
#INFO SIHAT
#KECANTIKAN UNTUK ANDA SEMUA
No comments:
Post a Comment