Kekal bertenaga untuk tempoh yang lama dapat
membantu kita meningkatkan produktiviti di dalam kerja seharian. Sudah pasti
hidup akan lebih ceria sekiranyan tubuh badan akan sentiasa bertenaga.
Jom
semak amalan berikut yang baik untuk menjadikan anda kekal bertenaga.
SARAPAN PAGI
Selepas ini jangan cuba berlengah
mendapatkan sarapan pagi. Sarapan pagi merupakan sajian yang paling penting
sekali berbanding sajian makan tengahari dan makan malam. Ia menyediakan bahan
api yang diperlukan oleh badan untuk memastikan and dapat menjalankan hari
anda. Jangan sekali-kali terlepas sarapan pagi. Jika tidak sempat, makan
kepingan sarapan (breakfast bar), pisang atau epal atau minuman segelas jus.
BERSENAM
Bersenam akan dapat meningkatkan tahap
tenaga. Cubalah susun jadual anda sebaik mungkin agar masih ada waktu untuk
bersenam. Untuk permulaan cubalah senaman dahulu kemudian barulah kepada
senaman yang lebih berat. Sekurang-kurangnya cukup 15 minit sehari. Anda boleh
juga melakukan senaman secara sambilan seperti menaiki tangga.
KERAP MAKAN YANG SEDIKIT
Makanlah dengan lebih kerap namun dengan
kuantiti yang sedikit. Kajian telah membuktikan bahawa makan dalam kuantiti
sedikit tetapi dengan lebih kerap dapat menyihatkan dan memberi lebih banyak
tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang banyak. Ambil makanan ringan yang
menyihatkan setiap 4 jam dapat mengekalkan tenaga anda.
MAKANAN TAMBAHAN
Jika anda selalumerasa penat dan keletihan
melampau, ini mungkin tanda-tanda yang sel dalam badan anda tidak menerima
nutrein secukupnya. Apabila badan kita tidak mendapat cukup nutrein dari
pemakanan kita, kita menjadi cepat letih. Cara terbaik untuk merasa lebih
bertenaga adalah menambah diet kite dengan makanan tambahan yang dapat mempertingkatkan
kesihatan sel kita.
MAKANAN TINGGI TENAGA
Masukkan makanan yang mempunyai tenaga yang
tinggi seperti susu, keju, yogurt, kacang, telur, ikan, ayam dan daging tanpa
lemak dalam diet anda. Anda juga boleh ambil suplemen sebagai tambahan bagi meningkatkan lagi tenaga dan stamina anda.
MINUM AIR
Minum air sekurang-kurangnya 2 liter
sehari. Minum air yang banya akan dapat membantu anda kekal bertenaga. Meminum
air banyak juga dapat membantu mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama.
AMBIL MINUMAN JUS
Minum segelas jus epal atau jus oren tulen.
Ia akan membekalkan anda dengan tenaga yang banyak, terutamanya apabila anda
sudah mula keletihan.
# KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI
# TIPS KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI
No comments:
Post a Comment