11 June 2020

MANDI KETIKA HAMIL… APA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN?

Ketika hamil, aktiviti mandi memerlukan perhatian khusus kerana kulit pada badan juga turut mengalami pelbagai perubahan. Antaranya muncul garis-garis kemerahan pada kulit yang biasanya boleh dilihat pada trimester kedua dan ketiga kehamilan.

Disini, apa yang perlukan adalah tetap menjaga badan dengan baik dan salah satunya adalah dengan mengekalkan rutin mandi anda dua kali sehari, pagi dan malam. Namun jika sering merasa kepanasan, sebaiknya anda berada di ruang yang tidak panas serta mengenakan pakaian dari metarial yang mudah menyerap peluh.

Apa yang perlu anda perhatikan sebelum dan sesudah mandi ketika hamil adalah :

Air Pancuran @ Gayung.

Mandi dengan air pancuran lebih disarankan berbanding mandi dengan gayung. Selain lebih menjimatkan air, mandi dengan air pancuran juga lebih praktikal dan cepat.

Air Panas @ Air Sejuk

Mandi dengan air panas atau suam memang menyegarkan lebih-lebih lagi di pagi hari yang dingin. Badan tidak kesejukan dan badan lebih segar. Tetapi apa yang perlu anda tahu, air suam atau panas boleh menyebabkan kulit anda kering.

Jadi sebaiknya madilah dengan air sejuk. Mungkin saat pertama kali air menyentuh badan, anda akan rasa kesejukan, tapi lama kelamaan anda pasti berasa lebih selesa. Air sejuk baik untuk meningkatkan imunisasi badan selain menjaga suhu badan supaya sentiasa stabil.

Berendam Dengan Air Suam @ Panas

Walaupun mandi dengan air suam atau panas boleh mengeringkan kulit anda, tapi tak salah jika sesekali anda ingin berendam di dalamnya. Namun apa yang perlu ada lakukan jika ingin berendam dengan air suam @ panas di dalam tub mandi adalah :

Sabun @ Cecair Mandian

Ibu hamil disarankan untuk menggunakan cecair mandian berbanding sabun padat kerana cecair mandian mengandungi pelembap yang tinggi untuk kesihatan kulit. Selain itu, pemilihan sabun atau cecair yang wangi juga penting untuk kulit anda.

Bagi ibu hamil yang mempunyai masalah kerengsaan kulit atau kulit sensitif, sebaiknya memilih sabun yang sesuai agar tidak menyebabkan kulit kegatalan dan kerengsaan.

 

 

 

BUAH TIN KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN

Buah tin adalah antara buah-buahan paling tua yang dimakan manusia. Dikatakan buah yang dikenali dengan nama Fig oleh masyarakat dunia ini juga adalah buah kegemaran Cleopatra. Tidak hairalah jika buah tin mempunyai kebaikan bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kecantikan.

Nama saintifik buah tin adalah Ficus carica. Ia tergolong dalam keluarga Mulberi atau Moracee. Pokok tin boleh hidup sehingga 100 tahun. Pokok buah tin berasal dari Timur Tengah dan Asia Barat. Kini ia banyak ditanam di seluruh dunia.

Buah tin mempunyai rasa dan tekstur unik. Buahnya kenyal dan rasa manis. Gabungan kelembutan buah dan kerangupan biji menjadikan buah tin ini amat unik dan sedap dimakan. Buah tin yang telah dikeringkan boleh didapati sepanjang tahun manakala buah tin segar hanya boleh diperoleh dari bulan Jun sehingga September.

Terdapat lima jenis buah tin. Setiap jenis berbeza mengikut rasa dan kemanisan. Lima jenis buah tin adalah black mission, kadota, calimyrna, brown turkey dan Adriatic. Buah tin amat baik untuk tubuh. Ia kaya dengan serat dan banyak mineral yang diperlukan tubuh seperti magnesium, mangan, kalsium, tembaga, potassium, vitamin K dan B6.

Buah tin tidak kiralah yang masih segar atau telah dikeringkan amat kaya dengan antioksidan yang hebat.

KEBAIKAN BUAH TIN

Meningkatkan Kesihatan Pencernaan

Buah tin dikatakan mampu melegakan sembelit dan memperbaiki kesihatan pencernaan secara keseluruhan. Rendam dua hingga tiga biji buah tin dalam air semalaman. Minum air rendaman buah yang telah dicampur madu ini pada keesokan harinya.

Cara ini dikatakan mampu menghilangkan masalah sembelit. Buah tin baik untuk pencernaan kerana ia dipenuhi dengan serat pemakanan yang mampu membantu pergerakan usus sihat dan melegakan sembelit.

Serat dalam buah tin juga dikatakan mampu merawat cirit-birit dan melegakan sistem pencernaan secara keseluruhan.

Memperbaik Kesihatan Jantung

Buah tin dikatakan mampu mengurangkan tahap trigliserid dalam darah dan menyumbang untuk memperbaik kesihatan jantung. Trigliserid adalah partikel lemak dalam darah yang membawa keapda penyebab penyakit jantung.

Antioksidan dalam buah tin mampu membuang radikal bebas dalam tubuh yang akan menghalang arteri koronari dan menyebabkan penyakit jantung. Buah tin juga mengandungi fenol dan omega-3 dan asid berlemak omega-6 yang dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Merendahkan kolestrol

Buah tin mengandungi pectin, sejenis serat larut yang dikatakan mampu mengurangkan tahap kolestrol. Serat dalam buah tin dikatakan mampu membersihkan kolestrol berlebihan dalam sistem pencernaan dan membawanya ke usus untuk membuangnya.

Kandungan B6 yang terdapat di dalam buah tin dikatakan bertanggungjawab untuk menghasilkan serotonin. Serotonin merangsang mood dan merendahkan kolestrol.

Mencegah Kanser Usus Besar dan Kolon

Pengambilan buah tin dengan kerap dikatakan mampu merendahkan risiko kanser usus besar. Serat dalam buah tin dikatakan membantu membuang bahan buangan dalam tubuh dengan segera.

Biji yang banyak dalam buah tin mengandungi tahap tinggi mucin yang mengumpul bahan buangan dan mukus dalam usus besar dan membuangnya keluar.

Menyembuhkan Anemia

Memakan buah tin dikatakan mampu memperbaik tahap hemoglobin dalam darah. Ini adalah kerana buah tin mengandungi zat besi yang merupakan bahan penting hemoglobin.

Menguatkan Tulang

Buah tin mengandungi kalsium, potassium dan magnesium yang mampu membantu kesihatan tulang.

Kaya Antioksidan

Dikatakan antioksidan yang banyak di dalam buah tin mampu meneutralkan radikal bebas dalam tubuh dan menentang penyakit. Semakin masak buah tin semakin banyak kandungan antioksidan di dalamnya.

6 March 2020

BILA SI KECIL AKTIF DI WAKTU MALAM APA CARA UNTUK TANGANI?


Pernah tak anda mengalami situasi, si kecil anda terbangun ditengah malam pada jam menunjukkan pukul3 atau 4 pagi. Alahai anak, mengantuk ibu.

Sudahlah tidur agak lewat kerana menguruskan hal rumah tangga yang lain. Keadaan ini biasanya dialami oleh ibu yang mempunyai anak kecil berusia satu hingga dua tahun. Bagi kanak-kanak pada usia sebegini, siang atau malam tiada bezanya.

Malah bukan sesuatu yang pelik jika si kecil anda tidak mahu tidur dan asyik bermain sehingga lewat tengah malam, kemudian esoknya bangun sebelum subuh dan mengajak anda berbual dan bermain-main dengan mereka.

Berikut beberapa cara untuk anda dapatkan semula rutin tidur yang sepatutnya buat si kecil anda yang suka berjaga malam.

BUAT JADUAL

Buah judual dan jadikan ia sebagai rutin harian ibu. Hal ini sangat membantu anak anda untuk mengenal dan membiasakan diri dengan konsep waktu. Mulakan rutin harian si kecil anda dengan sarapan pada waktu yang sama setiap hari sehinggalah waktu mereka tidur pada waktu malam.

Lama kelamaan mereka akan terbiasa dan rutin tersebut akan membantu mereka untuk tidur tepat pada waktunya.

AKTIVITI RINGAN

Sediakan aktiviti ringan di malam hari seperti bercerita atau membaca buku cerita bersama-sama. Cara ini bertujuan untuk merangsang badan anak menjadi lebih tenang dan bersedia untuk tidur pada waktu malam.

Anak yang kurang aktif pada waktu siang akan cenderung untuk aktif pada malam hari. Aktiviti ringan boleh mengajar mereka untuk mengenali perbezaan waktu siang dan malam.

RANGKA PERANCANGAN PADA ESOK HARI

Siapkan perancangan untuk hari esok. Ketika berbual dengan si kecil sebelum waktu tidur, sebaiknya anda bercerita tentang perancangan untuk mereka pada keesokkan hari. 
Misalnya, “Esok kita nak buat apa ya? Bangun tidur saying minum susu lepas tu mandi ya,” dan seterusnya. Jika perlu gunakan gambar agar mereka dapt gambaran apa yang bakal dilalui esok hari.

KURANGKAN TIDUR SIANG

Hadkan tidur siang anak. Membataskan waktu tidur siang anak mungkin dapat membantu si kecil untuk tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Dengan cara tersebut juga dapt mengajar mereka membezakan tidur siang dan malam. Dua hingga tiga jam tidur pada waktu siang sudah memadai buat si kecil anda.

PERKENAL SIANG DAN MALAM

Perkenalkan waktu siang dan malam kepada si kecil dengan cara daripada cerita kartun kegemaran mereka dan buku-buku cerita yang anda bacakan. Pada waktu siang ajak si ekcil melihat awan dan burung-burung, waktu malam pula tunjukkan mereka bintang dan bulan. Dengan cara tersebut mereka akan belajar tentang siang dan malam.

TETAPKAN WAKTU TIDUR SIANG

Biasakan diri mereka dengan rutin yang tepat supaya si kecil tidak keliru dengan konsep yang anda cuba terapkan kepada mereka. Contohnya jika anda membiasakan tidur siang pada pukul 2 petang, sebaiknya kekal pada waktu tersebut dan elakkan waktu tidur tersasar dari jadual yang sepatutnya. Jika sering membuat mereka keliru, ia akan mengganggu pemahaman si kecil tentang soal waktu.



MULAKAN RUTIN HARIAN ANAK DARI SEKARANG BAGI MEMUDAHKAN PERJALANAN HARIAN ANDA SEBAGAI IBU.

9 PUNCA TESTOSTERON BERKURANG


Sejak kebelakangan ini, anda tidak mampu focus dalam membuat kerja-kerja pejabat, cepat penat dan kerap tidur. Namun, lebih mengejutkan anda kurang rasa ghairah apabila bersama pasangan. Kenapa ia terjadi? Mungkin ini akan berkait rapat dengan tahap hormon testosteron yang rendah.

Menurut penelitian dari Jurnal Cell Metabolism, hormon testosteron yang rendah bukan sahaja mempengaruhi hubungan intim bersama pasangan tetapi anda berpotensi untuk menghadapi masalah seperti tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, obesiti dan meningkatkan risiko diabetes tahap 2.

Berikut beberapa puca dan tanda yang tidak boleh anda abaikan kerana ia turut mempengaruhi hormon testosteron anda :

BERAT BADAN NAIK

Apabila berat badan anda naik, ia boleh mempengaruhi hormon testosteron kerana sel-sel lemak menukar testosteron ke estrogen sehingga menurunkan kadar jumlah testosteron. Walau bagaimana masih belum dapat dipastikan sama ada masalah berat badan boleh mempengaruhi hormon testosteron atau hormon testosteron rendah menyebabkan berat badan anda naik.

MASALAH TIDUR

Dikatakan lelaki yang mengalami hormon testosteron rendah mudah menadapt imsonia dan mempengaruhi tidur. Malah, ramai lelaki mempunyai sleep apnea kerana mengalami berat badan berlebihan.

CEPAT PENAT

Hormon testosteron yang rendah boleh memberi kesan kepada tenaga anda. Jika anda merasa cepat penat selepas bekerja, bermakna jumlah hormon anda sedang menurun.

KURANG TUMPUAN

Hormon testosteron bertanggungjawab dalam menjaga tumpuan anda untuk lebih fokus. Jika hormon ini rendah, ia menyukarkan anda untuk memberi tumpuan dan mungkin mengalami masalah memori.

MATI PUCUK

Dikatakan 30 juta lelaki mengalami masalah mati pucuk yang disebabkan rendahnya hormon testosteron. Bagi mendapatkan dan mempertahankan ereksi yang kuat, anda perlu mempunyai aliran darah yang cukup, aliran yang baik dan keinginan hubungan intim. Semua ini adalah tanggungjawab hormon testosteron.

MASALAH TULANG

Walaupun osteoporosis hanya di kalangan wanita sahaja tetapi ia turut di alami oleh lelaki kerana kekurangan kepadatan tulang. Cuba lakukan pemeriksaan doctor atau ujian darah untuk mengenalpasti hormon testosteron anda.

SAKIT SENDI & OTOT

Apabila seseorang itu rendah testosteron, ia dapat menurunkan massa otot dan kekuatan. Ini kerana ia mengalami rasa sakit sendi, otot dan mudah cedera.

DEPRESI

Dalam Journal of Sexual Medicine mendapati 56 peratus lelaki yang mempunyai tahap hormon testosteron rendah turut mengalami gejala depresi.

26 February 2020

9 KHASIAT BUNGA CENGKIH LEGAKAN MASALAH KESIHATAN


Bunga cengkih adalah salah satu rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan dan perubatan tradisional. Dikenali dengan nama saintifiknya Eugenia aromatic, bunga cengkih banyak ditanam di Asia dan Amerika Syarikat.

Keseluruhan bahagian pokok ini sangat beraroma biasanya ia digunakan bagi dua tujuan iaitu dalam masakan dan perubatan terutamanya perubatan tradisional Cina dan Ayurveda.
Tunas pokok akan dipetik dan dikeringkan sebelum mekar. Daripada bijinya ini minyak akan diekstrak. Minyak cengkih tulen adalah eugenol.

Dikatakan hanya satu sudu teh bunga cengkih mengandungi sejumlah mangan, serat, vitamin C dan K.

Mangan penting untuk merangsang fungsi otak dan membantu tulang. Manakala vitamin C, dan vitamin K merangsang kekebalan dan mencegah pembekuan darah. Vitamin K juga amat penting untuk kesihatan tulang.

Banyak khasiat bunga cengkih dalam membantu mengurangkan masalah kesihatan. Antaranya adalah :

MELAWAN KERADANGAN

Eugenol dalam bunga cengkih dikatakan mampu bertindak sebagai agen anti keradangan hebat. Disebabkan itu jugalah bunga cengkih digunakan untuk melawan keradangan pada mulut dan tekak.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh University of Florida, subjek yang mengambil bunga cengkih setiap hari dikatakan mampu mengurangkan tahap prakeradangan cytokine dalam masa tujuh hari.

Merendahkan cytokines dikatakan mampu mengurangkan kemungkinan mendapat arthritis dan sakit sendi. Dalam jangka masa panjang, keradangan boleh membawa kepada arthritis dan dengan mengambil bunga cengkih dikatakan mampu mencegahnya.

MEMBANTU MERAWAT DIABETES

Bunga cengkih dikatakan mengandungi sebatian yang dikenali sebagai nigericin yang dikatakan mampu memperbaik rembesan insulin dan sel-sel sihat yang menghasilkan insulin.

Ini bermakna jika mengambil bunga cengkih sebagai sebahagian dalam pemakanan yang seimbang boleh memastikan tahap gula dalam darah terkawal.

MASALAH BERKAITAN PERNAFASAN

Minyak bunga cengkih dikatakan boleh digunakan untuk merawat bronchitis, asma dan masalah pernafasan seperti batuk dan selesema. Minyak ini dikatakan mampu melegakan saluran pernafasan kerana ia turut ada kesan keradangan.

Anda boleh menggosokkan dan menyapu minyak ini pada dada dan bawah hidung bagi membuka laluan pernafasan dan untuk melegakan masalah pernafasan.

Selain itu, anda juga menambah beberapa titis minyak bunga cengkih dalam segelas air panas. Minumlah air ini sebagai ubat melegakan masalah pernafasan. Mengunyah putik bunga cengkih juga dikatakan boleh melegakan sakit tekak dan juga membantu merawat selesema dan batuk.

MERANGSANG KESIHATAN PENCERNAAN

Dikatakan sebatian tertentu dalam bunga cengkih mampu mengurangkan ulser perut. Ini kerana minyak daripada bunga cengkih boleh meningkatkan kepekatan mukus gastrik dan sekali gus melindungi lapisan dalam perut dan mencegah ulser paptik.

Serat dalam bunga cengkih juga dikatakan mampu membantu pencernaan dan mencegah sembelit.

MERANGSANG PEREDARAN DARAH

Terdapat kajian terhadap kesan minyak bunga cengkih terhadap metabolisma tubuh dan mengurangkan suhu tubuh dan mempertingkatkan peredaran. Antioksidan yang terdapat dalam bunga cengkih juga dikatakan mampu membantu dalam membersihkan darah.

MEMPERBAIK KESIHATAN MULUT

Eugenol yang terdapat di dalam bunga cengkih dikatakan mampu memberi kelegaan. Ini kerana minyak ini bersifat anestetik dan mengandungi sifat antibakteria yang sekali gus mampu membantu anda melegakan kesakitan.

Salah satu cara untuk mengurangkan sakit gigi adalah meletakkan beberapa biji bunga cengkih dalam mulut dan lembabkannya dengan air liur. Selepas itu, anda boleh mengunyah bunga cengkih itu.

Minyak yang dilepaskan daripada bunga cengkih itu mampu melawan rasa sakit. Anda boleh membiarkan bunga cengkih ini dalam mulut anda selama 30 minit. Boleh ulang proses yang sama jika gigi masih sakit. Bunga cengkih juga dikatakan mampu melawan bau mulut busuk.

MELEGAKAN STRESS

Dikatakan jika anda menggosok dan menyapu minyak bunga cengkih pada tubuh mampu membantu melegakan stress.

MELAWAN SAKIT KEPALA

Sifat penyejuk dan melegakan kesakitan dalam bunga cengkih amat berguna kepada mereka yang sering sakit kepala. Anda boleh menghancurkan beberapa biji bunga cengkih dan letakkan ia di dalam sapu tangan yang besih. Hidu bau bunga cengkih ini setiap kali anda mengalami sakit kepala.

MERAWAT MASALAH AKNE ATAU JERAWAT

Sifat bakteria dan antikulat dalam bunga cengkih dikatakan mampu memberikan kesan dalam merawat akne dan memperbaik kesihatan kulit. Eugenol dalam bunga cengkih mampu membunuh jangkitan dan melawan kerdangan sekali gus berkesan merawat akne.