6 March 2020

BILA SI KECIL AKTIF DI WAKTU MALAM APA CARA UNTUK TANGANI?


Pernah tak anda mengalami situasi, si kecil anda terbangun ditengah malam pada jam menunjukkan pukul3 atau 4 pagi. Alahai anak, mengantuk ibu.

Sudahlah tidur agak lewat kerana menguruskan hal rumah tangga yang lain. Keadaan ini biasanya dialami oleh ibu yang mempunyai anak kecil berusia satu hingga dua tahun. Bagi kanak-kanak pada usia sebegini, siang atau malam tiada bezanya.

Malah bukan sesuatu yang pelik jika si kecil anda tidak mahu tidur dan asyik bermain sehingga lewat tengah malam, kemudian esoknya bangun sebelum subuh dan mengajak anda berbual dan bermain-main dengan mereka.

Berikut beberapa cara untuk anda dapatkan semula rutin tidur yang sepatutnya buat si kecil anda yang suka berjaga malam.

BUAT JADUAL

Buah judual dan jadikan ia sebagai rutin harian ibu. Hal ini sangat membantu anak anda untuk mengenal dan membiasakan diri dengan konsep waktu. Mulakan rutin harian si kecil anda dengan sarapan pada waktu yang sama setiap hari sehinggalah waktu mereka tidur pada waktu malam.

Lama kelamaan mereka akan terbiasa dan rutin tersebut akan membantu mereka untuk tidur tepat pada waktunya.

AKTIVITI RINGAN

Sediakan aktiviti ringan di malam hari seperti bercerita atau membaca buku cerita bersama-sama. Cara ini bertujuan untuk merangsang badan anak menjadi lebih tenang dan bersedia untuk tidur pada waktu malam.

Anak yang kurang aktif pada waktu siang akan cenderung untuk aktif pada malam hari. Aktiviti ringan boleh mengajar mereka untuk mengenali perbezaan waktu siang dan malam.

RANGKA PERANCANGAN PADA ESOK HARI

Siapkan perancangan untuk hari esok. Ketika berbual dengan si kecil sebelum waktu tidur, sebaiknya anda bercerita tentang perancangan untuk mereka pada keesokkan hari. 
Misalnya, “Esok kita nak buat apa ya? Bangun tidur saying minum susu lepas tu mandi ya,” dan seterusnya. Jika perlu gunakan gambar agar mereka dapt gambaran apa yang bakal dilalui esok hari.

KURANGKAN TIDUR SIANG

Hadkan tidur siang anak. Membataskan waktu tidur siang anak mungkin dapat membantu si kecil untuk tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Dengan cara tersebut juga dapt mengajar mereka membezakan tidur siang dan malam. Dua hingga tiga jam tidur pada waktu siang sudah memadai buat si kecil anda.

PERKENAL SIANG DAN MALAM

Perkenalkan waktu siang dan malam kepada si kecil dengan cara daripada cerita kartun kegemaran mereka dan buku-buku cerita yang anda bacakan. Pada waktu siang ajak si ekcil melihat awan dan burung-burung, waktu malam pula tunjukkan mereka bintang dan bulan. Dengan cara tersebut mereka akan belajar tentang siang dan malam.

TETAPKAN WAKTU TIDUR SIANG

Biasakan diri mereka dengan rutin yang tepat supaya si kecil tidak keliru dengan konsep yang anda cuba terapkan kepada mereka. Contohnya jika anda membiasakan tidur siang pada pukul 2 petang, sebaiknya kekal pada waktu tersebut dan elakkan waktu tidur tersasar dari jadual yang sepatutnya. Jika sering membuat mereka keliru, ia akan mengganggu pemahaman si kecil tentang soal waktu.



MULAKAN RUTIN HARIAN ANAK DARI SEKARANG BAGI MEMUDAHKAN PERJALANAN HARIAN ANDA SEBAGAI IBU.

No comments:

Post a Comment