Sejak kebelakangan ini, anda tidak mampu focus dalam
membuat kerja-kerja pejabat, cepat penat dan kerap tidur. Namun, lebih
mengejutkan anda kurang rasa ghairah apabila bersama pasangan. Kenapa ia
terjadi? Mungkin ini akan berkait rapat dengan tahap hormon testosteron yang
rendah.
Menurut penelitian dari Jurnal Cell Metabolism, hormon testosteron yang rendah bukan sahaja
mempengaruhi hubungan intim bersama pasangan tetapi anda berpotensi untuk
menghadapi masalah seperti tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, obesiti dan
meningkatkan risiko diabetes tahap 2.
Berikut beberapa puca dan tanda yang tidak boleh anda
abaikan kerana ia turut mempengaruhi hormon testosteron anda :
BERAT BADAN NAIK
Apabila berat badan anda naik, ia boleh mempengaruhi hormon
testosteron kerana sel-sel lemak menukar testosteron ke estrogen sehingga
menurunkan kadar jumlah testosteron. Walau bagaimana masih belum dapat
dipastikan sama ada masalah berat badan boleh mempengaruhi hormon testosteron atau
hormon testosteron rendah menyebabkan berat badan anda naik.
MASALAH TIDUR
Dikatakan lelaki yang mengalami hormon testosteron rendah
mudah menadapt imsonia dan mempengaruhi tidur. Malah, ramai lelaki mempunyai sleep apnea kerana mengalami berat badan
berlebihan.
CEPAT PENAT
Hormon testosteron yang rendah boleh memberi kesan kepada
tenaga anda. Jika anda merasa cepat penat selepas bekerja, bermakna jumlah hormon
anda sedang menurun.
KURANG TUMPUAN
Hormon testosteron bertanggungjawab dalam menjaga tumpuan
anda untuk lebih fokus. Jika hormon ini rendah, ia menyukarkan anda untuk
memberi tumpuan dan mungkin mengalami masalah memori.
MATI PUCUK
Dikatakan 30 juta lelaki mengalami masalah mati pucuk yang
disebabkan rendahnya hormon testosteron. Bagi mendapatkan dan mempertahankan
ereksi yang kuat, anda perlu mempunyai aliran darah yang cukup, aliran yang
baik dan keinginan hubungan intim. Semua ini adalah tanggungjawab hormon testosteron.
MASALAH TULANG
Walaupun osteoporosis hanya di kalangan wanita sahaja
tetapi ia turut di alami oleh lelaki kerana kekurangan kepadatan tulang. Cuba lakukan
pemeriksaan doctor atau ujian darah untuk mengenalpasti hormon testosteron anda.
SAKIT SENDI & OTOT
Apabila seseorang itu rendah testosteron, ia dapat
menurunkan massa otot dan kekuatan. Ini kerana ia mengalami rasa sakit sendi,
otot dan mudah cedera.
DEPRESI
Dalam Journal of Sexual Medicine mendapati 56 peratus
lelaki yang mempunyai tahap hormon testosteron rendah turut mengalami gejala depresi.
No comments:
Post a Comment