30 August 2018

ASID LEMAK OMEGA 3 ADALAH LEMAK SIHAT YANG BAIK UNTUK ANDA!


Asid lemak omega 3 adalah lemak yang sihat atau ‘baik’ yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Omega 3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh badan.

Omega-3 merupakan asid lemak yang penting kerana tubuh badan kita tidak mampu menghasilkannya secara sendiri. Oleh itu, kita perlu mengambilnya daripada makanan yang mengandungi omega-3 dalam diet harian.



Korang Tau Tak ?

Terdapat tiga jenis omega-3 iaitu alpha-linolenic acid (ALA), docosahexaenoic acid (DHA) dan eicosapentaenoic acid (EPA).



Sumber yang lebih diperlukan ialah DHA dan EPA, yang terkandung dalam makanan laut seperti salmon dan ikan tuna. ALA pula, terdapat juga dalam sayur-sayuran, begitu juga dengan daging organik.


KESIHATAN JANTUNG
Omega 3 dapat mnegurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.

EPA & DHA telah terbukti melalui penyelidikan daapt memberikan manfaat berikut yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung :

-          Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolestrol) dan tekanan darah.

-          Meningkatkan pengaliran darah

-          Mengekalkan degupan jantung yang sihat


FUNGSI OTAK
Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakkan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.

EPA dan DHA telah dikaji untuk :

-          Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf.

-          Kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian.

-          Memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia/nyanyuk.


KESIHATAN SENDI
EPA & DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.

Omega 3 juga memainkan peranan penting dalam :

-          Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.

-          Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.

-          Mengurangkan keradangan – menyekat keradangan dan kemusnahan sendi yang kerap berlaku dalam artritis.

-          Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.


KEHAMILAN
Asid lemak Omega 3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu. Selepas bayi dilahirkan, Omega 3 menyokong :

-          Perkembangan otak dan fungsi imun.

-          Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin

-          Perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin

-          DHA adalah komponen utama retina – penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi.

-          DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak.

-          Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi

-          Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat.

Omega 3 juga didapati menyokong kesihatan kulit, membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon.

Walaupun omega 3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan supplemen omega 3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000 – 2,000 mg minyak ikan sehari.
Jadikan Omega 3 ada di setiap pemakanan harian anda.

No comments:

Post a Comment