Ramai antara kita masih belum dikurniakan zuriat selepas berkahwin. Sudah
mencuba pelbagai rawatan dari tradisional sehinggalah kepada jumpa doktor
pakar, tetap masih belum diberi kegembiraan. Sedang asik dengan dunia luar
jangan dilupa yang maha esa.
Tetapkan pada diri yang DIA masih mahukan yang terbaik dan memberikan
peluang untuk kita terus ada KESABARAN. Begitu juga yang ingin menambah anak,
ada yang belum dikurniakan lagi. Jangan risau, semuanya dengan izinNYA jua kan.
Dalam pada ekoran itu, banyak cara yang boleh dilakukan untuk
meningkatkan kesuburan lelaki. Ini PENTING bagi mendapatkan zuriat yang
diidamlkan oleh setiap pasangan.
Malah, pengambilan makanan yang sihat memainkan peranan penting dalam
memastikan kesihatan yang baik, mengelakkan daripada pelbagai penyakit yang paling
penting untuk meningkatkan kesuburan sistem reproduksi.
Ada beberapa jenis makanan yang boleh anda amalkan untuk membantu anda
meningkatkan eksuburan, sekaligus mampu mendaptkan anak yang sihat yang
diimpikan-impikan oleh setiap pasangan. Antaranya adalah :-
PISANG
Ia bukan sahaja untuk yang berdiet sahaja tetapi untuk hubungan intim
yang hebat. Pisang mengandungi vitamin A, C, B protein dan magnesium.
Semua nutrisi
ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan dan berperanan penting dalam
peningkatan dan merangsang pengeluaran sperma.
BIJI LABU
Ia kaya dengan zink dan sangat baik untuk meningakatkan pengeluaran sperma.
Bukan itu sahaja, mengunyah biji labu boleh meningkatkan kecergasan dan
memperbaiki kerosakan pada sperma.
Khasiat zink pada biji labu juga melancarkan
pengaliran darah ke organ intim sehingga anda lebih mudah ereksi.
DELIMA
Ia turut membantu meningkatkan jumlah sperma dan menjadikan sperma
lebih sihat kerana ia dapat mengurangkan kadar malondialdehid iaitu senyawa yang memberi kesan buruk kepada
pengeluaran sperma dan boleh membawa kepada mati pucuk.
Buah delima kaya dengan
antioksidan yang membantu memperbaiki sel-sel rosak.
EPAL
Buah yang sangat popular ini sangat baik untuk memperbaiki kesuburan
lelaki kerana kaya dengan vitamin A dan C serta mineral yang membantu untuk
detoks racun dan zat yang boleh merosakkan badan.
AVOCADO
Ia kaya dengan asid folik dan vitamin B6 yang membantu sperma lebih
aktif dan merangsang hormon seksual sehingga meningkatkan kesuburan lelaki.
TOMATO
Lebih mudah untuk mendapatkan buat tomato nie. tomato ada hormon
lycopene yang dapat meningkatkan jumlah sperma dan mengandungi sumebr
antioksidan yang baik dalam memastikan sperma sihat.
Selain itu, boleh ambil
juga tembikai, strawberi dan sebagainya.
BAWANG PUTIH
Ia mempunyai kandungan vitamin B6 dan selenium yang boleh meningakatkan
kesuburan lelaki. Selain itu, vitamin B6 sangat penting untuk menjaga ketahanan
badan dan sperma dari kerosakan.
Kandungan allicin
juga sangat diperlukan untuk kelancaran darah ke bahagian organ intim sehingga
memudahkan suami bereksi dengan sempurna.