18 April 2018

4 TIPS MEMILIH PEMBERSIH WAJAH

Normal la bila nak pilih pencuci muka mesti tengok apa masalah pada kulit kita. Kalau kita main beli je bila masa nak recover semula kulit kita. Last-last makin bertambah teruk pula.

Pencuci muka pun penting dalam pemilihan produk skincare kerana disitu lah ia akan bantu kulit kita jadi lebih soft dan kurang pigmentasi. Daripada situ juga ia bantu melembapkan kulit kita dan mengurangkan penuaan.

Disini saya akan kongsikan 4 tips dalam memilih pencuci muka . Antaranya :

Kulit Normal

Anda perlu memilih pencuci atau pembersih wajah yang seimbang dari segi kelembapan kulit, minyak dan ketahanan pada kulit.

Kulit Berminyak

Kebiasaannya kulit anda akan tampak berkilat dan berminyak setelah beberapa jam dicuci. Oleh itu, carilah pembersih dengan pH level yang rendah untuk menanggalkan minyak yang terkumpul di muka anda.

Kulit Kering

Seharusnya anda mengelakkan diri untuk memilih produk pembersih yang mengandungi alkohol kerana ia akan membuatkan kulit bertambah kering dan kusam. Ia juga akan menjadikan kulit anda lebih cepat kering dan menjadi menggelupas. Pilih pencuci muka yang melembapkan dan jauhi daripada alkohol.

Kulit Sensitif

Golongan ini disarankan menggunakan pencuci yang lembut pada kulit dan kemudian bilas dengan air suam. Kebanyakan yang kulit sensitif susah mencari pencuci muka yang sesuai. Jadi pastikan anda memilih pencuci muka yang semulajadi dan bebas daripada bahan kimia berbahaya.

Anda juga kena tahu masalah kulit wajah anda. Pastikan anda memilih pencuci muka yang sesuai untuk diri anda.

No comments:

Post a Comment