10 May 2018

4 tips latih anak jadi BIJAK!

Bila sudah menjadi ibu bapa, perkara terpenting dalam kehidupan mereka adalah diajar. Dari kecil lah ibubapa perlu mengajar anak-anak dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada mereka.

Masuk sahaja alam rumahtangga, persediaan awal adalah ingin mempunyai anak dan anak bila sudah ada, itulah yang akan menjadikan pahala dan persediaan bagaimana kejadian anak itu lebih baik dikala kita sudah tiada.

Ada beberapa cara bagaimana untuk kita melatih anak menjadi lebih mudah diajar. Bayi yang masih kecil sudah boleh diajar tau. Jika anda mahukan bayi anda menjadi pintar, ibubapa perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

Tips di bawah ini boleh anda cuba untuk membantu anak mencapai potensi diri sejak dari kecil. Ikuti tips ini.

ULANG

Bayi cepat belajar jika sentiasa melakuka pengulangan secara konsisten. Ibu perlulah mengambil giliran dan sentiasa mengulangi sesuatu fakta kepada si kecil. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru.

Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan si manja mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi.

Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adlah seperti 'span' pada usia ini. Ia menyerap apa sahaja pengajaran yang diberikan kepadanya.

JANGAN BERBAHASA BAYI

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa mereka yang pelat itu jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar bayi anda bercakap.

Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada menggunakan 'ne ne' yang mewakili susu atau 'mam mam' untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

GANJARAN

Seperti anak yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan mencium. Cubalah anak berkata ' adik pandai' sampai menepuk tangan apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil.

Pasti bayi menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti., bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganajran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

BACAKAN BUKU

Ibu pastinya suka biasa dengan cara ini. Pekenalkan buku apa seawal usianya dan ciptakan rasa suka pada buku. Bacakanlah kepadanya walaupun dia belum paham apa yang dibacanya. Sambil bayi anda duduk diatas ribaan ibu atau ayah, pegang tangannya untuk dia merasi buku itu dan membelek buku.

Tetapi kadang kala bayi anda akan menggigit buku. Namun anda perlu memastikan buku itu adalah dari jenis fibric atau kain. Dalam pada itu teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku.

Bayi akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan memba sendiri nanti.

No comments:

Post a Comment