Jika kita kira secara asas, keperluan
terhadap vitamian, mineral dan lemak perlu, sel kita memerlukan
sekurang-kurangnya nutrien ynng perlu ada dalam diet kita untuk
memastikan sel dapat berfungsi secara optimum.
Keperluan yang perlu diambil adalah
seperti buah-buahan, sayur-sayuran, makanan organik kekacang dan lain
perlu diambil. Keperluan melakukan aktiviti senaman seperti
berbasikal, berjalan, berenang dan sebagainya untuk kekal sihat dan
awet muda kerana tanpa senaman sel kita akan berfungsi secara optimum
walaupun kita mengambil makanan yang terbaik.
Oleh kerana makanan yang kita makan
setiap hari kebanyakannya telah diproses, kita perlu juga mengambil
makanan tambahan untuk membekalkan tubuh kita dengan vitamin dan
mineral yang mencukupi.
Berikut adalah antara makanan tambahan
yang kita perlu ambil untuk kekal sihat dan awet muda.
MULTIVITAMIN
Multivitamin yang diambil mestilah
mengandungi sebanyak mungkin vitamin dan mineral semulajadi kerana
kebanyakan sayur-sayuran dan makanan yang kita ambil sudah diproses
dan kurang dari segi vitamin dan mineral. Pilihlah jenis
multivitamin yang mengandungi bahan semulajadi dan bukan yang
sintetik.
VITAMIN E
Sumber Vitamin E secara semulajadi
adalah dari jenis kekacang seperti kacang soya dan juga minyak ikan.
Walau bagaimanapun, sumber secara semulajadi ini tidak cukup untuk
melambatkan proses penuaan. Untuk awet muda kita perlu mengambil vitamin E antara 100 i.u ke 300 i.u setiap hari.
Kita perlu memilih jenis Vitamin E dari
sumber semulajadi yang mempunyai 8 jenis vitamin E semulajadi. Jangan
ambil vitamin E yang sintetik kerana ia dibuat dari bahan kimia dan
tidak baik untuk tubuh badan untuk jangka masa panjang.
VITAMIN C
Kita boleh mengambil vitamin c antara
300 ke 1000mg sehari. Bagi golongan muda jumlah 500mg sehari sudah
mencukupi. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berumur 45 tahun ke
atas, boleh mengambil 2 tablet vitamin C setiap satu 500mg dua kali
sehari.
Jumlah maksimum yang dinasihatkan untuk
awet muda ialah 1000mg setiap hari. Vitamin c semulajadi susah
diperoleh tetapi ia adalah yang terbaik.
Kebanyakan vitamin C yang terdapat di
pasaran diproses daripada bahan sayur-sayuran dan dibuat secara
sintetik, vitamin ini juga berkesan dan boleh digunakan dalam jangka
masa panjang. Amalkan juga mengambil buah-buahan yang tinggi vitamin c
kerana flavonoid dalam buah-buahan akan membantu penyerapan vitamin c
ke dalam tubuh badan.
VITAMIN B COMPLEX
Kita boleh mengamalkan vitamin B nie
apabila badan selalu lemah dan kurang bertenaga. Amalkan mengambil
vitamin B Complex dan mineral zink supaya kadar penyerapannya dapat
dipertingkatkan. Elak mengambil vitamin B yang berbentuk individu
seperti B6 kerana ia mungkin akan mengambil dos yang berlebihan tanpa
disedari. Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan kerosakan terhadap
sistem saraf kita.
VITAMIN D
Sumber yang terbaik adalah daripada
cahaya matahari yang diserap oleh kulit. Kita perlu mendedahkan kulit
kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya 15 ke 20 minit setiap hari.
Ramai yang menghidapi masalah osteoporosis disebabkan tidak cukup
vitmin D seperti di Timur Tenggara kerana kebanyakan wanita memakai
purdah atau berpakaian hitam gelap yang menutup keseluruhan muka,
badan, tangan dan kaki.
Walau bagaimanapun, kita perlu
mengelakkan daripada mengambil vitamin D secara sintetik kerana ia
boleh merosakkan buah pinggang jika diambil untuk tempoh waktu yang
panjang.
Perlunya juga untuk memastikan
pengambilan kalsium dalam tubuh badan mencukupi. Penyebab masalah
utama osteoporosis dan sakit sendi adalah disebabkan kurangnya rangsangan tulang lemah disebabkan kurangnya kalsium. Ia akan reput dan akan
menyebabkan banyak masalah penuaan dari segi reput tulang, sakit
sendi, bongkok dan sebagainya.
Dengan sedikit perkongsian ini dapat kita sama-sama untuk lebih sihat dan cergas. Bila sel kita sihat, kita pun akan lebih bersemangat dan gembira bersama keluarga. Keperluan vitamin pada zaman sekarang sangat penting bagi membantu tubuh badan kita cukup nutrisi disamping dapat mengurangkan risiko penyakit kronik.
Jom sama-sama sihat bersama Shaklee. Lakulan daripada sekaran.
No comments:
Post a Comment