Bahkan, kesan pada kulit ibu juga boleh berlaku selepas
bersalin. Ketika hamil, kulit mungkin akan menjadi kusam dan tidak bermaya.
Lebih teruk lagi sesetengah ibu hamil mungkin akan alami
masalah jeragat yang serius, kegatalan yang melampau dan juga kulit gelap pada
bahagian pelipat.
Sesetengah masalah kulit akan berhenti selepas ibu
melahirkan anak. Ada juga yang berlanjutan sehingga beberapa bulan selepas
bersalin.
Bagi wanita mengandung yang mementingkan kesihatan dan
kecantikan kulit, terdapat beberapa makanan semulajadi yang boleh diamalkan
dari awal kehamilan bagi memastikan kulit mendapat nutrisi yang secukupnya.
KELAPA
Minyak asli dari kelapa dapat memberi kelembapan pada
kulit. Mengamalkan minyak kelapa dara dapat mengatasi masalah regangan kulit
serta melembutkan kulit secara natural.
Jika ibu mengalami masalah rambut gugur, oleskan minyak
kelapa agar lebih kuat dan tidak rapuh.
EPAL
Bagi ibu hamil atau selepas bersalin yang mahukan kulit
kembali tegang, epal baik untuk anda amalkan. Ketika hamil, pengambilan epal
dapat mengurangkan kewujudan kesan regangan.
Jumlah antikoksidan di dalam buah epal dapat mengatasi
masalah kulit kering serta kedutan.
AVOKADO
Biarpun buah ini kaya dengan lemak, tetapi ia baik untuk
kulit. Kandungan vitamin E dan C di dalam buah ini dapat menjaga agar kulit
sentiasa lembap dan sihat. Vitamin C dapat membekalkan kelembapan kepada kulit
agar tidak menjadi kering dan bersisik.
Selain itu, pengambilan avokado secara konsisten dapat
membantu mencerahkan kulit secara sihat.
TOMATO
Buah tomato sangat baik untuk mata. Selain itu, kandungan
likopen dalam tomato juga berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit. Sekiranya tidak
dimakan, cukup menjadikan masker wajah, tomato dapat membantu menanggalkan sel
kulit amti serta bitnik hitam pada wajah.
ANGGUR
Buah anggur baik untuk ksihatan kulit kerana ia
mengandungi vitamin, mineral dan pelbagai nutrisi lain. Kebaikan buah anggur
dapat menyihatkan kulit kerana mengandungi bahan antioksidan yang tinggi.
Ia juga boleh melembapkan kulit serta melindungi kulit
daripada radikal bebas. Dengan mengamalkan buah anggur juga dapat melambatkan
proses penuaan.
BAYAM
Bayam amat baik untuk diamalkan wanita hamil kerana ia
kaya dengan beta karoten, vitamin A, zat besi serta bahan antioksidan. Jika diamalkan
setiap hari ia dapat membantu ibu hamil yang mempunyai masalah darah rendah.
Selain itu, nutrisi yang terdapat dalam bayam dapat
menghaluskan kulit wajah dan mengurangkan masalah jerawat pada kulit.
UBI BIT
Mungkin tidak ramai yang mengenali ubi bit. Ia sebenarnya
sangat baik kerana mampu menambah sel darah merah serta membantu menyegarkan
kulit. Ubi bit mengandungi kalsium, magnesium, vitamin A dan E serta kalium.
BUAH-BUAHAN BERI
Jika diperhatikan banyak suplemen untuk kulit dihasilkan
daripada ekstrak buah beri. Ini kerana kandungan vitamin C serta bahan
antioksidan yang tinggi di dalam buah-buahan beri.
Ia melindungi kulit dari radikal bebas yang menyebabkan
kanser serta membantu untuk melembutkan kulit.
Selamat untuk ibu hamil amalkan. Untuk kesihatan kulit anda.
No comments:
Post a Comment