16 December 2019

TEH BEZA JENIS DAN RASA TAPI KHASIAT SAMA


Mengikut cerita rakyat negeri China, teh mula terkenal di seluruh dunia apabila daun pokok Camellia Sinensis terjatuh secara tidak sengaja ke dalam cawan yang berisi air panas menggelegak milik Maharaja Sehnnong pada tahun 2737 sebelum masihi.

Tidak dapat dinafikan teh adalah sumber pemakanan terbaik untuk kesihatan. Namun perkara pertama yang perlu diberi perhatian, adakah teh yang anda minum itu adalah teh sebenar.

Teh asli diperoleh daripada pokok Camellia Sinensis. Terdapat empat jenis teh iaitu teh hijau, teh hitam, teh putih, teh pu-erh dan teh oolong. The herba adalah seduhan beberapa pokok berbeza dan secara teknikalnya bukanlah teh.

Antioksidan unik yang dikenali sebagai flavonoid terdapat dalam teh. Selain itu, teh turut mengandungi kafein dan theanine.  

Semakin banyak the diproses, ia menyebabkan kandungan polifenolnya semakin kurang. Teh oolong dan teh hitam telah banyak dioksida, jadi ia kurang kepekatan kandunan polifenol jika dibandingkan dengan teh hijau. Tetapi sebaliknya, kuasa pengoksidaan masih lagi tinggi.

Berikut adalah beberapa kajian yang telah menemui kebaikan beberapa jenis the berbeza untuk kesihatan.

TEH HIJAU

Dihasilkan daripada daun teh yang telah dikukus. Ia tinggi kandungan polifenol EGCG. Antioksidan teh hijau boleh menggangu pertumbuhan kanser pundi, payudara, paru-paru, perut, pankreas dan kolorektal.

Ia juga mampu mencegah penyumbatan arteri, membakar lemak, menterbalikkan semula tekanan oksidatif pada otak, mengurangkan risiko masalah neurologi seperti Alzheimer dan Parkinson, mengurangkan risiko strok dan memperbaik tahap kolestrol.

TEH HITAM

Dihasilkan daripada daun teh yang telah ditapai. Teh hitam memiliki kandungan kafein paling tinggi. Kajian telah menunjukkan teh hitam mampu melindungi paru-paru daripada kerosakan yang disebabkan pendedahan melampau kepada asap rokok. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan risiko strok.

TEH PUTIH

Dihasilkan daripada daun yang tidak ditapau mahupun diawet. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa teh hijau memiliki sifat-sifat antikanser yang kuat jika dibandingkan dnegan teh yang telah diproses.

TEH OOLONG

Dikatakan dalam satu kajian terhadap haiwan makmal telah menunjukkan haiwan yang telah diberikan antioksidan daripada teh oolong mampu merendahkan tahap kolestrol jahat.

TEH PU-ERH

Dihasilkan daripada daun teh tua yang telah ditapai. Ia dianggap sebagai teh hitam. Terdapat satu kajian terhadap haiwan makmal yang menunjukkan haiwan yang diberikan pu-erh kurang pertambahan berat badan dan pengurangan kolestrol LDL.

TEH HERBA

Teh herba adalah teh yang diperbuat daripada herba, buah-buahan, biji-biji atau akar yang direndam dalam air panas. Dikatakan teh herba memiliki kurang kepekatan antioksidan jika dibandingkan dengan teh hijau, teh puith, teh hitam dan teh oolong.

Berikut adalah penemuan sains terhadap beberapa the herba:

Teh Chammomile

Antioksidan yang terdapat dalam teh ini dikatakan mampu mencegah komplikasi akibat diabetes, penghilangan penglihatan, kerosakan saraf dan buah pinggang dan membantutkan pertumbuhan sel-sel kanser.

Teh Echinacea

Dikatakan ia adalah satu ramuan herba yang boleh digunakan untuk melawan selesema. Namun begitu, kajian terhadap echinacea masih lagi tidak mendapat sebarang keputusan tepat.

Teh Bunga Raya

Terdapat kajian kecil mendapati dengan meminum tiga cawan teh ini setiap hari mampu merendahkan tekanan darah mereka yang mengalami peningkatan tekanan darah sederhana.

Teh Rooibos (The Merah)

Ini adalah herba Afrika selatan yang telah ditapai. Walaupun ia dikatakan memiliki flavonoids dengan sifat-sifat melawan kanser, namun kajian perubatan yang dilakukan itu masih terhad.

No comments:

Post a Comment