Setiap
bayi mempunyai keunikan mereka tersendiri, justeru mereka mempunyai
alasa sendiri setiap kali menangis. Cara berikut untuk anda ketahui
apa yang bayi anda cuba sampaikan melalui tangisan mereka dan cara
anda menanganinya.
KELAPARAN
Perkara
yang sering bermain di fikiran ibu setiap kali bayi menangis adalah
kerana lapar. Bayi tidak akan berhenti menangis sehinggalah anda
memberinya susu. Dia akan menangis berterusan dengan nada yang lebih
tinggi dari biasa. Caranya tentulah dengan menyusukan mereka.
KURANG
SELESA
Ada
sesetengah bayi memang sangat sensitif terhadap beberapa perkara yang
berada di sekeliling mereka. Salah satunya adalah fabrik pakaian yang
terlalu kasar yang akan membuatkan bayi menangis kerana merasa gatal
atau sakit.
Jika ini
berlaku, ibu perlu memeriksa segala hal yang berhubungan dengan bayi
terutamanya barangan yang digunakan dan berada di sekeliling bayi
setiap hari.
PERLU
PERHATIAN
Mungkin
tidak ramai yang tahu bahawa bayi perlu selalu dipeluk. Mereka suka
melihat wajah dan mereka kenal bau ibu mereka. Menangis adalah cara
bayi ingin didekati atau mendapat perhatian. Dukunglah bayi anda dan
peluklah mereka. Dengan cara tersebut mereka akan rasa selamat dan
selesa seterusnya berhenti menangis.
GANGGUAN
PADA PERUT
Perut
kembung, memulas dan kolik merupakan penyebab lain yang membuatkan
bayi menangis tanpa henti. Biasanya bayi akan berpeluh dan menangis
secara berterusan, terutama sekali selepas selesai makan. Apa yang
boleh anda buat adalah dengan cuba memeluk, mengenggam kaki dan
mengerakkan kaki bayi seperti gerakan mengayuh basikal.
SAKIT
Bayi
masih lagi menangis setelah anda melakukan pelbagai cara untuk
menenangkan mereka. Itu adalah tanda mereka berasa tidak sihat.
Tangisan bayi yang sakit agak berbeza dengan tangisan yang disebabkan
oleh lapar dan sedih. Segeralah memeriksa suhu badan mereka dan bawa
ke doktor untuk rawatan lanjut.
PERLU
SENDAWA
Jika
bayi menangis selepas menyusu, sendawa adalah perkara yang paling
sesuai untuk mereka. Ketka menyusu, bayi akan tertelan udara atau
menghisap udara dari botol. Hal ini akan menyebabkan mereka merasa
tidak selesa kerana udara tersebut tidak dapat dikeluarkan oleh bayi
yang masih kecil.
Untuk
membantu bayi bersendawa, and aboleh menggosok bahagian belakang atau
menepuk-nepuk bahagian tersebut secara perlahan.
SEMPUT
Bayi
yang mengantuk selalunya akan tidur bila-bila masa dan di mana
sahaja. Tapi ia menjadi sulit apabila bayi akan mengalami semput.
Mereka biasanya akan menangis dan gelisah, malah tangisan bayi juga
akan kedengaran putus-putus.
Salah
satu cara adalah dengan membedung menggunakan kain lembut. Dengan
berbuat demikian dapat memberikan mereka rasa yang selesa dan
membantu untuk bayi cepat tertidur.
TUMBUH
GIGI
Bayi
akan tumbuh gigi biasanya akan kerap meengek dan menangis. Jika belum
diketahui punca bayi menangis, anda boleh cuba memeriksa dalam mulut
bayi menggunakan hujung jari anda. Jika berjaya menemui sesuatu yang
keras di dalam mulut bayi, itu tandanya gigi mereka baru tumbuh.
Apa yang
perlu anda buat adalah mencari lebih banyak info tentang gigi bayi
dan cara untuk kurangkan rasa sakit mereka.
SUHU
UDARA YANG TIDAK SESUAI
Suhu
udara yang terlalu sejuk atau panas juga boleh membuatkan bayi
menangis. Pakaian yang terlalu nipis daam suhu yang sejuk atau
terlalu tebal dalam suhu yang panas akan membuatkan bayi anda
menangis dengan muka yang berkerut. Segerelah menggantikan pakaian
yang sesuai dengan suhu untuk menghentikan tangisan mereka.
Dengan
sedikit pembacaan ini, ia dapat membantu ibu ayah diluar sana untuk
lebih peka dan bersedia untuk menimang cahaya mata.
No comments:
Post a Comment