Apabila usia semakin meningkat, kedutan akan
berlaku terutama pada bahagian sekitar mata, mulut dan dahi. Untuk zaman sekarang, sebelum usia pun sudah jelas kelihatan kesan penuaan itu.
Bagi membantu anda
mengekang penuaan, disini saya kongsikan cara alami yang berkesan dan tidak
mempunyai kesan sampingan.
Semuanya adalah secara semulajadi dan anda
boleh lakukan bahan-bahan yang sudah ada didapur. Cubalah dan rasainya sendiri
pada kulit wajah anda yang lebih anjal dan sihat.
PUTIH TELUR
Tahukah anda?
Putih telur bukan sahaja dapat membantu
membuang blackhead dan whitehead malah ia juga merawat kedutan
serta menjadikan kulit tegang.
Caranya amat mudah. Anda oleskan putih telur
pada seluruh wajah dan leher. Fokus pada bahagian yang berkedut, biarkan ia kering.
Bilas wajah dengan air. Amalkan sekerap mungkin, anda pasti akan gembira dengan
kesan garisan halus semakin berkurang pada wajah.
PISANG + YOGURT +
MADU
Tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk
mengurangkan kedutan. Oleskan wajah dengan masker yang diperbuat dariapda
pisang, yogurt asli dan madu. Campurkan kesemua bahan ini, lumatkan dan gaul
sebati.
Amalkan petua ini setiap minggu, kulit akan
menjadi cerah dan anjal.
TELUR + MADU +
MINYAK KELAPA DARA + MINYAK ZAITUN
Masukkan satu putih telur, satu sudu minyak
zaitun, dua sudu minyak kelapa dara dan 1 sudu madu. Campurkan semua ramuan dan
gaul sebati. Kemudian simpan ramuan ini di dalam peti ais.
Basuh wajah dengan air suam, oleskan ramuan
yang sdah sejuk ini pada wajah, urut perlahan-lahan. Amalkan sebelum tidur. Biarkan
ramuan ini pada wajah semalaman. Keesokkan pagi, bilas dengan air putih. Kulit akan
menjadi segar dan tegang.
BERAS + SUSU + MADU
Wanita Jepun menggunakan beras untuk
mendapatkan kulit wajah yang halus dan kelihatan awet muda. Rebus tiga sudu
beras sehingga kembang. Tapis, asingkan air rebusan.
Kemudian campurkan bersama satu sudu susu
suam dan sedikit madu. Gaul sebati bahan tersebut dan oleskan pada wajah dan
leher. Tunggu sehingga 30 minit, bilas wajah dengan air rebusan tadi.
KIUB AIS
Atasi kedutan pada bahagian dahi hanya dengan
menggunakan ais kiub. Tekapkan kiub aias pada dahi selama beberapa saat, ulangi
langkah ini sehingga tiga hingga lima kali.
Ia dikatakan dapat melancarkan perjalnana
darah dan membantu kulit menjadi lebih segar dan mengurangkan kedutan.
Jom cantikkan kulit wajah dengan bahan-bahan
semulajadi. In Sya Allah lebih mudah dan jimat !
No comments:
Post a Comment