Menjadi
ibu adalah idaman setiap wanita yang sudah berkahwin. Saat disahkan
hamil adalah momen yang sangat indah bagi para ibu. Pastinya ibu
tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata pertama yang menjadi
pengikat kasih sayang dengan suami.
Sebelum
menyambut kelahiran orang baru, ibu harus membuat persiapan rapi baik
dari aspek fizikal, mental, rohan dan emosi. Ikuti tips ini :
BAJET
KEWANGAN
Walaupun
beberapa kali rawatan susulan dilakukan dan anda difahamkan anda
boleh bersalin normal, namun jalan selamatnya anda tetap perlu
peruntukkan wang untuk hal-hal kecemasan.
Adakalanya
saat akhir berlaku hal yang tidak dijangka dan anda perlu menjalani
pembedahan, kos diperluan tinggi. Jadi lebih baik anda dan pasangan
membuat tabungan awal untuk kos kelahiran anak anda nanti.
LOKASI
BERSALIN
Rancang
dan tempah di mana tempat untuk anda melahirkan bayi anda itu nanti
sama ada di hospital swasta ataupun hospital kerajaan. Pilihan
haruslah dibuat berdasarkan kewangan juga dan beberapa faktor lain
seperti kemudahan perubatan, jarak kediaman dan keadaan kandungan.
FASILITI
Pastikan
hospital yang dipilih mempunyai kelengkapan perubatan yang memuaskan.
Bimbang jika berlaku kecemasan semasa kelahiran, lokasi yang dpilih
tidak mencukupi kelengkapan perubatan tersebut.
Jangan
ambil mudah berkaitan fasiliti. Biasakan bertanya dengan orang yang
rapat dengan anda supaya mudah untuk anda membuat pilihan sebelum
kelahiran.
HADIRI
KELAS ANTANETAL
Bila
anda hadiri kelas antanetal ini, banyak yang anda akan pelajari. Ia
akan memberikan pendedahan kepada anda mengenai penjagaan diri, dan
bayi.
Perkongsian
dan pengalaman yang diberikan menerusi kelas ini akan membantu anda
agar lebih bersedia menerima kehadiran cahaya mata.
PENYUSUAN
SUSU IBU
Sebelum
sampai waktu kemuncak untuk anda bersalin, nurse yang 'check up' anda
akan memberitahu lebih 'detail' berkaitan dengan penyusuan susu ibu
pada kelahiran pertama. Anda perlu membuat persediaan dari awal
kelahiran lagi.
Sekiranya
anda berniat mahu menyusukan bayi secara ekslusif, perlu anda
persiapkan diri. Pastikan anda mengambil pemakanan yang seimbang yang
memberikan susu badan banyak dan ia membekalkan nutrein yang
diperlukan bayi.
Penyusuan
selepas kelahiran pertama dalam tempoh masa satu jam pertama sangat
penting kerana ia dapat menyalurkan kolostrum yang menjadi imunisasi
semulajadi kepada bayi anda untuk pertama kali.
KEHAMILAN
BERISIKO
Bila
anda sudah mengetahui kandungan anda akan berisiko, ambil langkah
untuk mengawal emosi dan mental untuk menghadapinya. Contohnya
seperti kedudukan bayi songsang, diabetes, tekanan darah tinggi, saiz
bayi terlalu besar dan sebagainya.
Risiko
untuk ada akan melahirkan bayi secara pembedahan. Atasilah fizikal,
mental dan emosi anda untuk kelahiran pertama anda.
KELENGKAPAN
IBU
Semakin
menghampiri waktu bersalin, pastikan anda membuat kelengkapan untuk
dibawa ke hospital. Buat senarai kelengkapan anda supaya barangan
anda tidak tertinggal. Letakkan ke dalam beg supaya mudah untuk
dibawa ke hospital.
Biasanya
orang-orang lama akan memberitahu buat persediaan awal jika boleh dan
letakkan di dalam kereta siap-siap. Ke mana sahaja anda pergi, dah
ada tersedia beg untuk bersalin.
KELENGKAPAN
BAYI
Tidak
kurangnya juga untuk kelengkapan bayi anda. Pastikan buat persediaan
seperti letakkan di dalam plastik yang ada rap dan mudah diasingkan
hari demi hari. Lebih mudah untuk anda bawa ke labour room semasa
sampainya kelahiran nanti.
Ini
lebih memudahkan ketika anda masih berada di hospital,
Moga
perkongsian ini akan mendapatkan manfaat pada anda yang membacanya.
PERSEDIAAN LEBIH AWAL LEBIH BAIK UNTUK MENGELAKKAN TEKANAN DAN
KELEWATAN PADA DIRI ANDA DALAM PERSIAPAN UNTUK KELAHIRAN YANG
PERTAMA.
No comments:
Post a Comment