15 November 2018

SOY PROTEIN MEMBEKALKAN TENAGA YANG BERKEKALAN


Protein terdapat daripada asid amino yang merupakan blok dalam penghasilan setiap sel. Badan kita menggunakan protein untuk membina dan membaiki tisu.

Ia juga penting menghasilkan otot, kulit, tisu, tulang, sendi, rambut, darah dan pelbagai organ penting yang lain. Kepentingan protein juga dikaitkan dalam penghasilan enzim, hormone, haemoglobin dan antibodi.

Walaupun protein digunakan untuk pertumbuhan, penyelenggaran dan pembaikan, ia juga digunakan dalam penghasilan glukos untuk keperluan tenaga apabila badan memerlukan.

Protein haiwan merupakan sumber ‘biologilengkap’ jika dibandingkan dengan protein sayur, majoriti rakyat Malaysia menggunakan protein haiwan sebagai sumber utama.

Bagaimanapun, protein haiwan mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi, dan ia berkait dengan risiko penyakit seperti tekanan darah tinggi dan jantung.

PENGGANTI TERBAIK UNTUK PROTEIN HAIWAN ADALAH PROTEIN SOYA

Kesimpulan daripada penemuan saintifik, penyelidik menyarankan makanan kepada makanan berasaskan tumbuhan.

Kacang soya merupakan satu-satunya tumbuhan yang mengandungi kesemua 9 jenis asid amino perlu dan telah digunakan sejak dahulu lagi sebagai pengganti protein haiwan dalam pemakanan harian.

Selain merupakan sumber protein terbaik yang mengandungi vitamin B dan mineral, protein soya memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang tidak boleh didapati daripada sumber protein haiwan.

KEBAIKAN PROTEIN SOYA

Menjadikan kulit, otot, rambut dan kuku yang lebih sihat.

Meningkatkan tenaga, prestasi dan ketahanan badan.

Melancarkan peredaran darah.

Meningkatkan kesihatan tulang.

Mengekalkan kesihatan payudara dan prostat.

Mengawal kestabilan hormon, melancarkan tempoh peralihan menopous.

Pilihan yang bijak jika anda amalkan soy protein ini sebab ia daripada TUMBUHAN bukan daripada HAIWAN dan ia satu-satunya yang sumber tumbuhan yang dikeluarkan oleh SHAKLEE.

CARA ALAMI YANG BERKESAN HILANGKAN KEDUTAN DENGAN BAHAN ORGANIK


Apabila usia semakin meningkat, kedutan akan berlaku terutama pada bahagian sekitar mata, mulut dan dahi. Untuk zaman sekarang, sebelum usia pun sudah jelas kelihatan kesan penuaan itu. 
Bagi membantu anda mengekang penuaan, disini saya kongsikan cara alami yang berkesan dan tidak mempunyai kesan sampingan.

Semuanya adalah secara semulajadi dan anda boleh lakukan bahan-bahan yang sudah ada didapur. Cubalah dan rasainya sendiri pada kulit wajah anda yang lebih anjal dan sihat.

PUTIH TELUR


Tahukah anda?

Putih telur bukan sahaja dapat membantu membuang blackhead dan whitehead malah ia juga merawat kedutan serta menjadikan kulit tegang.

Caranya amat mudah. Anda oleskan putih telur pada seluruh wajah dan leher. Fokus pada bahagian yang berkedut, biarkan ia kering. Bilas wajah dengan air. Amalkan sekerap mungkin, anda pasti akan gembira dengan kesan garisan halus semakin berkurang pada wajah.

PISANG + YOGURT + MADU
Tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk mengurangkan kedutan. Oleskan wajah dengan masker yang diperbuat dariapda pisang, yogurt asli dan madu. Campurkan kesemua bahan ini, lumatkan dan gaul sebati.

Amalkan petua ini setiap minggu, kulit akan menjadi cerah dan anjal.

TELUR + MADU + MINYAK KELAPA DARA + MINYAK ZAITUN

Masukkan satu putih telur, satu sudu minyak zaitun, dua sudu minyak kelapa dara dan 1 sudu madu. Campurkan semua ramuan dan gaul sebati. Kemudian simpan ramuan ini di dalam peti ais.

Basuh wajah dengan air suam, oleskan ramuan yang sdah sejuk ini pada wajah, urut perlahan-lahan. Amalkan sebelum tidur. Biarkan ramuan ini pada wajah semalaman. Keesokkan pagi, bilas dengan air putih. Kulit akan menjadi segar dan tegang.

BERAS + SUSU + MADU
Wanita Jepun menggunakan beras untuk mendapatkan kulit wajah yang halus dan kelihatan awet muda. Rebus tiga sudu beras sehingga kembang. Tapis, asingkan air rebusan.

Kemudian campurkan bersama satu sudu susu suam dan sedikit madu. Gaul sebati bahan tersebut dan oleskan pada wajah dan leher. Tunggu sehingga 30 minit, bilas wajah dengan air rebusan tadi.

KIUB AIS
Atasi kedutan pada bahagian dahi hanya dengan menggunakan ais kiub. Tekapkan kiub aias pada dahi selama beberapa saat, ulangi langkah ini sehingga tiga hingga lima kali.

Ia dikatakan dapat melancarkan perjalnana darah dan membantu kulit menjadi lebih segar dan mengurangkan kedutan.

Jom cantikkan kulit wajah dengan bahan-bahan semulajadi. In Sya Allah lebih mudah dan jimat !

3 November 2018

OMEGA GUARD MENYOKONG FLEKSIBILITI SENDI ANDA

Zaman sekarang, tidak kira lelaki mahupun perempuan, berusia mahupun masih muda sudah dapat rasa sakit lutut dan sakit sendi. banyak sebenarnya sebab antara sendi dan lutut kita semakin sakit.

Ada yang disebabkan pergerakan yang terlalu banyak seperti bersukan. Ada yang memang keturunan juga. Ada juga yang kurang pemakanan yang sihat untuk setiap hari.

Bila anda sudah merasa tanda-tanda sakit lutut nie perlu untuk anda jaga pemakanan dan ambil makanan tambahan untuk mengurangkan kesakitan pada sendi dan tulang anda untuk bergerak dengan lancar.

Omega Guard diperbuat daripada sisik ikan laut dalam untuk menghasilkan minyak ikan yang terbaik.

Ia ditapis sebanyak 3 kali untuk membuang sisa2 bahan yang melekat pada ikan tersebut. antara khasiat pada Omega Guard untuk sendi anda adalah :

PELINCIR SEMULAJADI MENYENANGKAN PERGERAKAN

Omega membantu melancarkan pergerakan sendi dan tulang anda supaya lebih lancar. ia ada pelincir semulajadi pada Omega 3 untuk pergerakan yang lebih baik lagi pada setiap hari.

MENGURANGKAN KEKAKUAN SENDI

Bila sendi anda rasa kekakuan, pelincir anda sudah semakin kurang. jadi, amalkan Omega Guard untuk melancarkan semula sendi-sendi anda.

MENINGKATKAN FLEKSIBILITI SENDI

Fleksibalkah sendi anda? Cuba anda sentuh hujung jari kaki anda dengan hujung jari tangan anda. Jika anda tidak boleh mencapainya tahap fleksibiliti sendi anda sudah semakin berkurang.

TAPI jika anda boleh mencapainya dan menurunkan badan anda dengan lebih banyak tahap ke 10 adalah yang terbaik untuk sendi anda.

MENGURANGKAN KERADANGAN

sudah menjadi kelaziman Omega 3 membantu untuk mengurangkan keradangan pada sendi anda mahupun kesakitan lain seperti gout, ekzema. Ia juga membantu dalam melancarkan peredaran darah dengan lebih lancar supaya tidak tersumbat.

Omega Guard juga membantu anda untuk melegakan simptom sakit pada sendi-sendi anda.

Untuk bulan November nie ada PROMOSI untuk OMEGA GUARD.
Buy 2 less 5% & Buy 6 free 1. Dapatkan harga promosi pada bulan ini untuk kesihatan sendi anda.


BUY 2 LESS 5%

BUY 6 FREE 1

HUBUNGI SAYA 0192768114 FARAH HANIM UNTUK MENDAPATKAN KONSULTASI PERCUMA DAN FREE GIFT DARIPADA SAYA.

1 November 2018

8 PERSEDIAAN IBU BAPA YANG AKAN TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA


Menjadi ibu adalah idaman setiap wanita yang sudah berkahwin. Saat disahkan hamil adalah momen yang sangat indah bagi para ibu. Pastinya ibu tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata pertama yang menjadi pengikat kasih sayang dengan suami.

Sebelum menyambut kelahiran orang baru, ibu harus membuat persiapan rapi baik dari aspek fizikal, mental, rohan dan emosi. Ikuti tips ini :

BAJET KEWANGAN

Walaupun beberapa kali rawatan susulan dilakukan dan anda difahamkan anda boleh bersalin normal, namun jalan selamatnya anda tetap perlu peruntukkan wang untuk hal-hal kecemasan.

Adakalanya saat akhir berlaku hal yang tidak dijangka dan anda perlu menjalani pembedahan, kos diperluan tinggi. Jadi lebih baik anda dan pasangan membuat tabungan awal untuk kos kelahiran anak anda nanti.

LOKASI BERSALIN

Rancang dan tempah di mana tempat untuk anda melahirkan bayi anda itu nanti sama ada di hospital swasta ataupun hospital kerajaan. Pilihan haruslah dibuat berdasarkan kewangan juga dan beberapa faktor lain seperti kemudahan perubatan, jarak kediaman dan keadaan kandungan.

FASILITI

Pastikan hospital yang dipilih mempunyai kelengkapan perubatan yang memuaskan. Bimbang jika berlaku kecemasan semasa kelahiran, lokasi yang dpilih tidak mencukupi kelengkapan perubatan tersebut.

Jangan ambil mudah berkaitan fasiliti. Biasakan bertanya dengan orang yang rapat dengan anda supaya mudah untuk anda membuat pilihan sebelum kelahiran.

HADIRI KELAS ANTANETAL

Bila anda hadiri kelas antanetal ini, banyak yang anda akan pelajari. Ia akan memberikan pendedahan kepada anda mengenai penjagaan diri, dan bayi.

Perkongsian dan pengalaman yang diberikan menerusi kelas ini akan membantu anda agar lebih bersedia menerima kehadiran cahaya mata.

PENYUSUAN SUSU IBU

Sebelum sampai waktu kemuncak untuk anda bersalin, nurse yang 'check up' anda akan memberitahu lebih 'detail' berkaitan dengan penyusuan susu ibu pada kelahiran pertama. Anda perlu membuat persediaan dari awal kelahiran lagi.

Sekiranya anda berniat mahu menyusukan bayi secara ekslusif, perlu anda persiapkan diri. Pastikan anda mengambil pemakanan yang seimbang yang memberikan susu badan banyak dan ia membekalkan nutrein yang diperlukan bayi.

Penyusuan selepas kelahiran pertama dalam tempoh masa satu jam pertama sangat penting kerana ia dapat menyalurkan kolostrum yang menjadi imunisasi semulajadi kepada bayi anda untuk pertama kali.

KEHAMILAN BERISIKO

Bila anda sudah mengetahui kandungan anda akan berisiko, ambil langkah untuk mengawal emosi dan mental untuk menghadapinya. Contohnya seperti kedudukan bayi songsang, diabetes, tekanan darah tinggi, saiz bayi terlalu besar dan sebagainya.

Risiko untuk ada akan melahirkan bayi secara pembedahan. Atasilah fizikal, mental dan emosi anda untuk kelahiran pertama anda.

KELENGKAPAN IBU

Semakin menghampiri waktu bersalin, pastikan anda membuat kelengkapan untuk dibawa ke hospital. Buat senarai kelengkapan anda supaya barangan anda tidak tertinggal. Letakkan ke dalam beg supaya mudah untuk dibawa ke hospital.

Biasanya orang-orang lama akan memberitahu buat persediaan awal jika boleh dan letakkan di dalam kereta siap-siap. Ke mana sahaja anda pergi, dah ada tersedia beg untuk bersalin.

KELENGKAPAN BAYI

Tidak kurangnya juga untuk kelengkapan bayi anda. Pastikan buat persediaan seperti letakkan di dalam plastik yang ada rap dan mudah diasingkan hari demi hari. Lebih mudah untuk anda bawa ke labour room semasa sampainya kelahiran nanti.

Ini lebih memudahkan ketika anda masih berada di hospital,

Moga perkongsian ini akan mendapatkan manfaat pada anda yang membacanya. PERSEDIAAN LEBIH AWAL LEBIH BAIK UNTUK MENGELAKKAN TEKANAN DAN KELEWATAN PADA DIRI ANDA DALAM PERSIAPAN UNTUK KELAHIRAN YANG PERTAMA.