Nutrisi yang baik sememangnya perlu dan penting untuk kita
mahupun anak-anak. Untuk memperolehi fungsi otak yang optima, kita perlukan
kepelbagaian makanan yang sihat.
Tanpa sedar, ramai di kalangan ibu bapa yang tidak
menyedari bahawa perkembangan minda kanak-kanak adalah sensitif dan dalam masa
yang sama memerlukan nutrien khusus bagi merangsang mindanya.
Ramai pakar pemakanan dan ahli perubatan menyarankan
pengambilan asid lemak perlu yang seimbang untuk kanak-kanak, terutamanya bagi
mereka yang mempunyai masalah pembelajaran, kelemahan daya fokus dan tingkah
laku seperti ADHD dan juga alahan.
Kajian yang dibuat oleh penyelidik dan pakar perubatan
pemakanan Kanada ke atas kanak-kanak ADHD mendapati 80 peratus daripadanya
mengalami kekurangan asid lemak perlu Omega-3 (seperti yang diperolehi daripada
minyak ikan) dan satu dalam lima orang kekurangan asid lemak perlu asid gama
linolenik (GLA) seperti yang diperolehi daripada minyak evening primrose.
Kajian oleh universiti Oxford juga menyetujuinya, di
mana kajian mendapati kanak-kanak yang bermasalah dengan tingkah laku atau
masalah pembelajaran memberi respon positif dengan pengambilan kombinasi minyak
ikan dan minyak evening primrose.
Asid dokosaheksanoik daripada asid lemak Omega-3 dianggap
antara nutrien ajaib untuk otak dengan menjadikan membran berlemak yang
mengelilingi atau sekitar sel saraf dalam otak lebih fleksibel, membenarkan
lebih neurotransmiter dipindahkan antara sel saraf (perhubungan) dan sekaligus
mempertingkatkan keupayaan untuk berfikir dengan lebih cepat dan memberi
tumpuan yang lebih baik.
Korang
Tau Tak?
Omega
3 memainkan peranan penting untuk memastikan minda anda berfungsi seperti bilik
kawalan 24 jam. Sebab tu lah, keperluan OMEGA 3 PENTING dalam diet harian kita.
Antara manfaat
yang mengambil OMEGA 3 adalah :
MENINGKATKAN
PRESTASI MENTAL
Pengambilan Omega
3 menunjukkan :
-
Mempunyai kesan
positif terhadap pemikiran, memori dan tumpuan pemerhatian
-
Menyokong pembelajaran
yang optimum dan kemampuan membaca
-
Meningkatkan penghantaran
isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum
MEMPERBAIKI
MOOD SECARA POSITIF
Penyelidikan telah
menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA dan DHA, meningkatkan kepadatan
saraf otak yang mengawal mood dan emosi. Sebagai elemen yang penting untuk
minda yang ceria, OMEGA 3 membantu :
-
Membangkitkan mood
-
Meningkatkan kesejahteraan
emosi secara keseluruhan
MENINGKATKAN
FUNGSI KOGNITIF YANG SIHAT UNTUK GOLONGAN LANJUT USIA
Dengan
peningkatan usia, ia menyebabkan penurunan penyerapan nutrien, memberi kesan
kepada penggunaan DHA otak dan prestasi mental. Alami penuaan yang sihat
melalui pengambilan Omega 3 secara teratur untuk :
-
Merendahkan risiko
penurunan kognitif
-
Menggalakkan dan
mengekalkan fungsi otak yang normal, terutama kognitif dan memori
-
Mengurangkan risiko
gejala-gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif seperti Alzheimer
dan dementia
-
Menggalakkan saraf
otak yang sihat dan penghantaran isyarat optimum
MENGGALAKKAN
PERKEMBANGAN OTAK YANG SIHAT PADA BAYI SEMASA TEMPOH KEHAMILAN DAN AWAL
KEHAMILAN
Omega 3
khususnya DHA, merupakan salah satu elemen penting untuk otak. Oleh itu,
pengambilan Omega 3 yang konsisten bermula dari kehamilan adalah sangat penting
kerana ia :
-
Menyokong perkembangan
sel otak janin yang sihat, terutama pada trimester ketiga
-
Menyokong kemahiran
menyelesaikan masalah yang lebih baik di kalangan bayi
-
Meningkatkan koordinasi
tangan mata serta kepintaran kanak-kanak
-
Meningkatkan tumpuan
pemerhatian di kalangan bayi dan kanak-kanak
-
Menyokong perkembangan
sistem saraf, persepsi, kognitif dan saraf motor semasa tempoh pertumbuhan otak
Dengan pengambilan
harian, anda juga dapat membantu perkembangan minda anak-anak anda dan juga diri anda. Bergeraklah dengan bebas sehingga kepenghujung usia anda. Anda yang akan menentukan kesihatan anda.