11 June 2020

MANDI KETIKA HAMIL… APA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN?

Ketika hamil, aktiviti mandi memerlukan perhatian khusus kerana kulit pada badan juga turut mengalami pelbagai perubahan. Antaranya muncul garis-garis kemerahan pada kulit yang biasanya boleh dilihat pada trimester kedua dan ketiga kehamilan.

Disini, apa yang perlukan adalah tetap menjaga badan dengan baik dan salah satunya adalah dengan mengekalkan rutin mandi anda dua kali sehari, pagi dan malam. Namun jika sering merasa kepanasan, sebaiknya anda berada di ruang yang tidak panas serta mengenakan pakaian dari metarial yang mudah menyerap peluh.

Apa yang perlu anda perhatikan sebelum dan sesudah mandi ketika hamil adalah :

Air Pancuran @ Gayung.

Mandi dengan air pancuran lebih disarankan berbanding mandi dengan gayung. Selain lebih menjimatkan air, mandi dengan air pancuran juga lebih praktikal dan cepat.

Air Panas @ Air Sejuk

Mandi dengan air panas atau suam memang menyegarkan lebih-lebih lagi di pagi hari yang dingin. Badan tidak kesejukan dan badan lebih segar. Tetapi apa yang perlu anda tahu, air suam atau panas boleh menyebabkan kulit anda kering.

Jadi sebaiknya madilah dengan air sejuk. Mungkin saat pertama kali air menyentuh badan, anda akan rasa kesejukan, tapi lama kelamaan anda pasti berasa lebih selesa. Air sejuk baik untuk meningkatkan imunisasi badan selain menjaga suhu badan supaya sentiasa stabil.

Berendam Dengan Air Suam @ Panas

Walaupun mandi dengan air suam atau panas boleh mengeringkan kulit anda, tapi tak salah jika sesekali anda ingin berendam di dalamnya. Namun apa yang perlu ada lakukan jika ingin berendam dengan air suam @ panas di dalam tub mandi adalah :

Sabun @ Cecair Mandian

Ibu hamil disarankan untuk menggunakan cecair mandian berbanding sabun padat kerana cecair mandian mengandungi pelembap yang tinggi untuk kesihatan kulit. Selain itu, pemilihan sabun atau cecair yang wangi juga penting untuk kulit anda.

Bagi ibu hamil yang mempunyai masalah kerengsaan kulit atau kulit sensitif, sebaiknya memilih sabun yang sesuai agar tidak menyebabkan kulit kegatalan dan kerengsaan.

 

 

 

BUAH TIN KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN

Buah tin adalah antara buah-buahan paling tua yang dimakan manusia. Dikatakan buah yang dikenali dengan nama Fig oleh masyarakat dunia ini juga adalah buah kegemaran Cleopatra. Tidak hairalah jika buah tin mempunyai kebaikan bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kecantikan.

Nama saintifik buah tin adalah Ficus carica. Ia tergolong dalam keluarga Mulberi atau Moracee. Pokok tin boleh hidup sehingga 100 tahun. Pokok buah tin berasal dari Timur Tengah dan Asia Barat. Kini ia banyak ditanam di seluruh dunia.

Buah tin mempunyai rasa dan tekstur unik. Buahnya kenyal dan rasa manis. Gabungan kelembutan buah dan kerangupan biji menjadikan buah tin ini amat unik dan sedap dimakan. Buah tin yang telah dikeringkan boleh didapati sepanjang tahun manakala buah tin segar hanya boleh diperoleh dari bulan Jun sehingga September.

Terdapat lima jenis buah tin. Setiap jenis berbeza mengikut rasa dan kemanisan. Lima jenis buah tin adalah black mission, kadota, calimyrna, brown turkey dan Adriatic. Buah tin amat baik untuk tubuh. Ia kaya dengan serat dan banyak mineral yang diperlukan tubuh seperti magnesium, mangan, kalsium, tembaga, potassium, vitamin K dan B6.

Buah tin tidak kiralah yang masih segar atau telah dikeringkan amat kaya dengan antioksidan yang hebat.

KEBAIKAN BUAH TIN

Meningkatkan Kesihatan Pencernaan

Buah tin dikatakan mampu melegakan sembelit dan memperbaiki kesihatan pencernaan secara keseluruhan. Rendam dua hingga tiga biji buah tin dalam air semalaman. Minum air rendaman buah yang telah dicampur madu ini pada keesokan harinya.

Cara ini dikatakan mampu menghilangkan masalah sembelit. Buah tin baik untuk pencernaan kerana ia dipenuhi dengan serat pemakanan yang mampu membantu pergerakan usus sihat dan melegakan sembelit.

Serat dalam buah tin juga dikatakan mampu merawat cirit-birit dan melegakan sistem pencernaan secara keseluruhan.

Memperbaik Kesihatan Jantung

Buah tin dikatakan mampu mengurangkan tahap trigliserid dalam darah dan menyumbang untuk memperbaik kesihatan jantung. Trigliserid adalah partikel lemak dalam darah yang membawa keapda penyebab penyakit jantung.

Antioksidan dalam buah tin mampu membuang radikal bebas dalam tubuh yang akan menghalang arteri koronari dan menyebabkan penyakit jantung. Buah tin juga mengandungi fenol dan omega-3 dan asid berlemak omega-6 yang dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Merendahkan kolestrol

Buah tin mengandungi pectin, sejenis serat larut yang dikatakan mampu mengurangkan tahap kolestrol. Serat dalam buah tin dikatakan mampu membersihkan kolestrol berlebihan dalam sistem pencernaan dan membawanya ke usus untuk membuangnya.

Kandungan B6 yang terdapat di dalam buah tin dikatakan bertanggungjawab untuk menghasilkan serotonin. Serotonin merangsang mood dan merendahkan kolestrol.

Mencegah Kanser Usus Besar dan Kolon

Pengambilan buah tin dengan kerap dikatakan mampu merendahkan risiko kanser usus besar. Serat dalam buah tin dikatakan membantu membuang bahan buangan dalam tubuh dengan segera.

Biji yang banyak dalam buah tin mengandungi tahap tinggi mucin yang mengumpul bahan buangan dan mukus dalam usus besar dan membuangnya keluar.

Menyembuhkan Anemia

Memakan buah tin dikatakan mampu memperbaik tahap hemoglobin dalam darah. Ini adalah kerana buah tin mengandungi zat besi yang merupakan bahan penting hemoglobin.

Menguatkan Tulang

Buah tin mengandungi kalsium, potassium dan magnesium yang mampu membantu kesihatan tulang.

Kaya Antioksidan

Dikatakan antioksidan yang banyak di dalam buah tin mampu meneutralkan radikal bebas dalam tubuh dan menentang penyakit. Semakin masak buah tin semakin banyak kandungan antioksidan di dalamnya.