Pernah tak anda mengalami situasi, si kecil anda terbangun
ditengah malam pada jam menunjukkan pukul3 atau 4 pagi. Alahai anak, mengantuk
ibu.
Sudahlah tidur agak lewat kerana menguruskan hal rumah
tangga yang lain. Keadaan ini biasanya dialami oleh ibu yang mempunyai anak
kecil berusia satu hingga dua tahun. Bagi kanak-kanak pada usia sebegini, siang
atau malam tiada bezanya.
Malah bukan sesuatu yang pelik jika si kecil anda tidak
mahu tidur dan asyik bermain sehingga lewat tengah malam, kemudian esoknya
bangun sebelum subuh dan mengajak anda berbual dan bermain-main dengan mereka.
Berikut beberapa cara untuk anda dapatkan semula rutin
tidur yang sepatutnya buat si kecil anda yang suka berjaga malam.
BUAT JADUAL
Buah judual dan jadikan ia sebagai rutin harian ibu. Hal ini
sangat membantu anak anda untuk mengenal dan membiasakan diri dengan konsep
waktu. Mulakan rutin harian si kecil anda dengan sarapan pada waktu yang sama
setiap hari sehinggalah waktu mereka tidur pada waktu malam.
Lama kelamaan mereka akan terbiasa dan rutin tersebut akan
membantu mereka untuk tidur tepat pada waktunya.
AKTIVITI RINGAN
Sediakan aktiviti ringan di malam hari seperti bercerita
atau membaca buku cerita bersama-sama. Cara ini bertujuan untuk merangsang
badan anak menjadi lebih tenang dan bersedia untuk tidur pada waktu malam.
Anak yang kurang aktif pada waktu siang akan cenderung
untuk aktif pada malam hari. Aktiviti ringan boleh mengajar mereka untuk
mengenali perbezaan waktu siang dan malam.
RANGKA PERANCANGAN PADA ESOK HARI
Siapkan perancangan untuk hari esok. Ketika berbual dengan
si kecil sebelum waktu tidur, sebaiknya anda bercerita tentang perancangan
untuk mereka pada keesokkan hari.
Misalnya, “Esok kita nak buat apa ya? Bangun tidur
saying minum susu lepas tu mandi ya,” dan seterusnya. Jika perlu gunakan gambar
agar mereka dapt gambaran apa yang bakal dilalui esok hari.
KURANGKAN TIDUR SIANG
Hadkan tidur siang anak. Membataskan waktu tidur siang
anak mungkin dapat membantu si kecil untuk tidur lebih nyenyak pada waktu
malam. Dengan cara tersebut juga dapt mengajar mereka membezakan tidur siang
dan malam. Dua hingga tiga jam tidur pada waktu siang sudah memadai buat si
kecil anda.
PERKENAL SIANG DAN MALAM
Perkenalkan waktu siang dan malam kepada si kecil dengan
cara daripada cerita kartun kegemaran mereka dan buku-buku cerita yang anda
bacakan. Pada waktu siang ajak si ekcil melihat awan dan burung-burung, waktu
malam pula tunjukkan mereka bintang dan bulan. Dengan cara tersebut mereka akan
belajar tentang siang dan malam.
TETAPKAN WAKTU TIDUR SIANG
Biasakan diri mereka dengan rutin yang tepat supaya si
kecil tidak keliru dengan konsep yang anda cuba terapkan kepada mereka. Contohnya
jika anda membiasakan tidur siang pada pukul 2 petang, sebaiknya kekal pada
waktu tersebut dan elakkan waktu tidur tersasar dari jadual yang sepatutnya. Jika
sering membuat mereka keliru, ia akan mengganggu pemahaman si kecil tentang
soal waktu.
MULAKAN RUTIN HARIAN ANAK DARI SEKARANG BAGI MEMUDAHKAN
PERJALANAN HARIAN ANDA SEBAGAI IBU.