26 February 2020

9 KHASIAT BUNGA CENGKIH LEGAKAN MASALAH KESIHATAN


Bunga cengkih adalah salah satu rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan dan perubatan tradisional. Dikenali dengan nama saintifiknya Eugenia aromatic, bunga cengkih banyak ditanam di Asia dan Amerika Syarikat.

Keseluruhan bahagian pokok ini sangat beraroma biasanya ia digunakan bagi dua tujuan iaitu dalam masakan dan perubatan terutamanya perubatan tradisional Cina dan Ayurveda.
Tunas pokok akan dipetik dan dikeringkan sebelum mekar. Daripada bijinya ini minyak akan diekstrak. Minyak cengkih tulen adalah eugenol.

Dikatakan hanya satu sudu teh bunga cengkih mengandungi sejumlah mangan, serat, vitamin C dan K.

Mangan penting untuk merangsang fungsi otak dan membantu tulang. Manakala vitamin C, dan vitamin K merangsang kekebalan dan mencegah pembekuan darah. Vitamin K juga amat penting untuk kesihatan tulang.

Banyak khasiat bunga cengkih dalam membantu mengurangkan masalah kesihatan. Antaranya adalah :

MELAWAN KERADANGAN

Eugenol dalam bunga cengkih dikatakan mampu bertindak sebagai agen anti keradangan hebat. Disebabkan itu jugalah bunga cengkih digunakan untuk melawan keradangan pada mulut dan tekak.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh University of Florida, subjek yang mengambil bunga cengkih setiap hari dikatakan mampu mengurangkan tahap prakeradangan cytokine dalam masa tujuh hari.

Merendahkan cytokines dikatakan mampu mengurangkan kemungkinan mendapat arthritis dan sakit sendi. Dalam jangka masa panjang, keradangan boleh membawa kepada arthritis dan dengan mengambil bunga cengkih dikatakan mampu mencegahnya.

MEMBANTU MERAWAT DIABETES

Bunga cengkih dikatakan mengandungi sebatian yang dikenali sebagai nigericin yang dikatakan mampu memperbaik rembesan insulin dan sel-sel sihat yang menghasilkan insulin.

Ini bermakna jika mengambil bunga cengkih sebagai sebahagian dalam pemakanan yang seimbang boleh memastikan tahap gula dalam darah terkawal.

MASALAH BERKAITAN PERNAFASAN

Minyak bunga cengkih dikatakan boleh digunakan untuk merawat bronchitis, asma dan masalah pernafasan seperti batuk dan selesema. Minyak ini dikatakan mampu melegakan saluran pernafasan kerana ia turut ada kesan keradangan.

Anda boleh menggosokkan dan menyapu minyak ini pada dada dan bawah hidung bagi membuka laluan pernafasan dan untuk melegakan masalah pernafasan.

Selain itu, anda juga menambah beberapa titis minyak bunga cengkih dalam segelas air panas. Minumlah air ini sebagai ubat melegakan masalah pernafasan. Mengunyah putik bunga cengkih juga dikatakan boleh melegakan sakit tekak dan juga membantu merawat selesema dan batuk.

MERANGSANG KESIHATAN PENCERNAAN

Dikatakan sebatian tertentu dalam bunga cengkih mampu mengurangkan ulser perut. Ini kerana minyak daripada bunga cengkih boleh meningkatkan kepekatan mukus gastrik dan sekali gus melindungi lapisan dalam perut dan mencegah ulser paptik.

Serat dalam bunga cengkih juga dikatakan mampu membantu pencernaan dan mencegah sembelit.

MERANGSANG PEREDARAN DARAH

Terdapat kajian terhadap kesan minyak bunga cengkih terhadap metabolisma tubuh dan mengurangkan suhu tubuh dan mempertingkatkan peredaran. Antioksidan yang terdapat dalam bunga cengkih juga dikatakan mampu membantu dalam membersihkan darah.

MEMPERBAIK KESIHATAN MULUT

Eugenol yang terdapat di dalam bunga cengkih dikatakan mampu memberi kelegaan. Ini kerana minyak ini bersifat anestetik dan mengandungi sifat antibakteria yang sekali gus mampu membantu anda melegakan kesakitan.

Salah satu cara untuk mengurangkan sakit gigi adalah meletakkan beberapa biji bunga cengkih dalam mulut dan lembabkannya dengan air liur. Selepas itu, anda boleh mengunyah bunga cengkih itu.

Minyak yang dilepaskan daripada bunga cengkih itu mampu melawan rasa sakit. Anda boleh membiarkan bunga cengkih ini dalam mulut anda selama 30 minit. Boleh ulang proses yang sama jika gigi masih sakit. Bunga cengkih juga dikatakan mampu melawan bau mulut busuk.

MELEGAKAN STRESS

Dikatakan jika anda menggosok dan menyapu minyak bunga cengkih pada tubuh mampu membantu melegakan stress.

MELAWAN SAKIT KEPALA

Sifat penyejuk dan melegakan kesakitan dalam bunga cengkih amat berguna kepada mereka yang sering sakit kepala. Anda boleh menghancurkan beberapa biji bunga cengkih dan letakkan ia di dalam sapu tangan yang besih. Hidu bau bunga cengkih ini setiap kali anda mengalami sakit kepala.

MERAWAT MASALAH AKNE ATAU JERAWAT

Sifat bakteria dan antikulat dalam bunga cengkih dikatakan mampu memberikan kesan dalam merawat akne dan memperbaik kesihatan kulit. Eugenol dalam bunga cengkih mampu membunuh jangkitan dan melawan kerdangan sekali gus berkesan merawat akne.

20 February 2020

9 MAKANAN Yang Boleh Anda Makan Sebelum Bersenam


Untuk aktiviti kecergasan seperti berlari, mengangkat berat dan mengayuh basikal, anda perlu makan makanan yang mengandungi karbohidrat dan protein bagi memberi anda tenaga ketika beriadah.

Sebaiknya sebelum memulakan aktiviti keergasan, anda digalakkan mengalas perut dengan kudapan ringkas terlebih dahulu. Jangan sesekali melakukan senaman dengan perut kosong.  

Berikut adalah 9 jenis makanan yang digalakkan makan sebelum anda bersenam.

PISANG

Pisang sangat kaya dengan karbohidrat bertindak cepat yang akan memberi anda tenaga yang boleh digunakan untuk latihan dan pembekalan alat kalium dalam mengekalkan fungsi otot dan saraf.

Kepada mereka yang  gemar bersenam dan mengelak untuk sarapan sebaiknya anda makan pisang terlebih dahulu. Kemudian jangan lupa bersarapan dalam jarak masa sejam selepas makan pisang, Ini penting untuk penyerapan protein yang diperlukan otot.

SMOOTHIE BUAH-BUAHAN

Buah menyediakan gula yang mudah dicerna. Ia dalah sumber tenaga yang anda diperlukan badan anda untuk senaman yang berintensiti tinggi. Cuba gabungkan bersama pisang, mentega, kacang, oat, flaxseeds dan susu badam. 

Sebagai alternative, anda juga boleh mencuba resipi smoothie dengan gabungan avocado, blueberi beku, pisang dan susu badam.

YOGURT GREEK KOSONG DENGAN BERL & GRANOLA

Beri dan granola mengandungi karbohidrat yang sifatnya cepat cerna untuk membantu senaman anda. Yogurt Greek menyediakan protein yang mencukupi untuk mengelakkan berlakunya keroskan otot. Jangan lupa amalkan granola yang mengandungi kekacang, bijirin dan karbohidrat yang sihat seperti oat, amaranth, quinoa dan millet.

SANDWIC MENTEGA KACANG & JEM

Ia adalah snek sebelum senaman yang paling murah, mudah dan sumber protein dan karbohidrat mudah alih. Jika boleh, gunakan roti gandum dan mentega kacang semulajadi.

EPAL DENGAN MENTEGA BADAM & KISMIS

Buah kering, seperti kismis, boleh menjadi sumber gula semula jadi. Sebilangan kecil serat dalam epal dan kismis, ditambah dengan lemak mono tak tepu dalam mentega kacang, akan menghalang kelaparan dan idela jika anda tidak terlalu lapar pada waktu pagi.

MINUM KOPI

Waktu yang terbaik untuk minum kopi adalah pada 40 minit – 1 jam sebelum bersenam. Pengambilan kopi setiap kali sebelum bersenam hendaklah dalam dos yang rendah. Individu berisiko tinggi (sakit jantung, darah tinggi, masalah buah pinggang dan sebagainya tidak digalakkan mengambil kopi sebelum bersenam.

Cuba elakkan minum kopi semasa bersenam di waktu malam untuk mengelakkan insomnia. Tingkatkan pengambilan air kerana kopi akan menyebabkan anda membuang air kecil dengan kerap. Elakkan mengambil kopi selepas bersenam, ini kerana kopi bersifat diuretic (membuat anda buang air kecil lebih kerap), badan kehilangan air semasa bersenam dan akan mengakibatkan dehidrasi.

Bagi mereka yang tidak pernah cuba mengambil kopi sebelum bersenam sebelum ini, hendaklah memulakannya dengan dos yang rendah dahulu.

Pilih satu hari dalam seminggu untuk mulakan dengan kopi dan bersenam, untuk menyesuaikan badan dengan cara baharu ini. Apabila badan telah bersedia, barulah boleh mengambil kopi setiap kali sebelum bersenam.

DADA AYAM & BERAS PERANG

Jika anda bercadang untuk bersenam selepas makan tengahari, apa kata ambil dada ayam yang dibakar bersama semangkuk kecil beras perang. Karbohidrat yang terdapat dalam beras perang, membantu anda kekal bertenaga manakala protein pada dada ayam itu bermanfaat untuk membantu otot dalaman anda terutamanya selepas selesai bersenam.

Elakkan makan makanan yang mengambil masa untuk dihadam, percayalah jika anda makan makanan sebegitu, perut anda akan meragam sepanjang bersenam. Stress bukan?

TELUR PUTIH

Lemak yang terkandung dalam kuning telur akan meninggalkan kesan seperti kembung perut dan tidak selesa ketika bersenam. Jadi alternative yang lebih baik adalah dengan mengambil hanya telur putih ketika sarapan. Tahukah anda sebiji telur putih memberikan anda sekitar empat gram protein dan bebas lemak.

MINUM AIR SECUKUPNYA

Adalah baik untuk anda mengekalkan tubuh anda kekal hidrat sebelum bersenam. Hidrasi boleh menyebabkan anda hilang keseimbangan tubuh ketika bersenam. Cara mudah memastikan tubuh anda mendapat air secukupnya adalah melihat warna urin anda ketika bangun dari tidur.

Jika ia berwarna sedikit keruh seperti warna jus epal, itu menandakan tubuh anda kekurangan air. Sekiranya ia berwarna cerah seperti jus lemon, itu menunjukkan tubuh anda mengandungi air secukupnya.

Sebaiknya ada minum sekitar dua cawan air dua atau tiga jam sebelum bersenam. Ini diikuti dengan secawan air sekitar 10 ke 20 minit selepas bersenam.

Ambil langkah untuk lebih sihat. Boleh jadikan sebagai pemakanan harian kita juga. 

12 February 2020

8 JENIS MAKAN INI UNTUK KULIT SIHAT SEPANJANG HAMIL

Setiap wanita yang hamil akan mengalami perubahan pada badan dan juga hormon. Apabila ini berlaku, ia bukan sahaja memberi kesan kepada perubahan bentuk badan, malah perubahan emosi dan juga kesan kepada kulit ibu hamil.


Bahkan, kesan pada kulit ibu juga boleh berlaku selepas bersalin. Ketika hamil, kulit mungkin akan menjadi kusam dan tidak bermaya.

Lebih teruk lagi sesetengah ibu hamil mungkin akan alami masalah jeragat yang serius, kegatalan yang melampau dan juga kulit gelap pada bahagian pelipat.

Sesetengah masalah kulit akan berhenti selepas ibu melahirkan anak. Ada juga yang berlanjutan sehingga beberapa bulan selepas bersalin.

Bagi wanita mengandung yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit, terdapat beberapa makanan semulajadi yang boleh diamalkan dari awal kehamilan bagi memastikan kulit mendapat nutrisi yang secukupnya.

KELAPA

Minyak asli dari kelapa dapat memberi kelembapan pada kulit. Mengamalkan minyak kelapa dara dapat mengatasi masalah regangan kulit serta melembutkan kulit secara natural.
Jika ibu mengalami masalah rambut gugur, oleskan minyak kelapa agar lebih kuat dan tidak rapuh.

EPAL

Bagi ibu hamil atau selepas bersalin yang mahukan kulit kembali tegang, epal baik untuk anda amalkan. Ketika hamil, pengambilan epal dapat mengurangkan kewujudan kesan regangan.

Jumlah antikoksidan di dalam buah epal dapat mengatasi masalah kulit kering serta kedutan.

AVOKADO

Biarpun buah ini kaya dengan lemak, tetapi ia baik untuk kulit. Kandungan vitamin E dan C di dalam buah ini dapat menjaga agar kulit sentiasa lembap dan sihat. Vitamin C dapat membekalkan kelembapan kepada kulit agar tidak menjadi kering dan bersisik.

Selain itu, pengambilan avokado secara konsisten dapat membantu mencerahkan kulit secara sihat.

TOMATO

Buah tomato sangat baik untuk mata. Selain itu, kandungan likopen dalam tomato juga berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit. Sekiranya tidak dimakan, cukup menjadikan masker wajah, tomato dapat membantu menanggalkan sel kulit amti serta bitnik hitam pada wajah.

ANGGUR

Buah anggur baik untuk ksihatan kulit kerana ia mengandungi vitamin, mineral dan pelbagai nutrisi lain. Kebaikan buah anggur dapat menyihatkan kulit kerana mengandungi bahan antioksidan yang tinggi.

Ia juga boleh melembapkan kulit serta melindungi kulit daripada radikal bebas. Dengan mengamalkan buah anggur juga dapat melambatkan proses penuaan.

BAYAM

Bayam amat baik untuk diamalkan wanita hamil kerana ia kaya dengan beta karoten, vitamin A, zat besi serta bahan antioksidan. Jika diamalkan setiap hari ia dapat membantu ibu hamil yang mempunyai masalah darah rendah.

Selain itu, nutrisi yang terdapat dalam bayam dapat menghaluskan kulit wajah dan mengurangkan masalah jerawat pada kulit.

UBI BIT

Mungkin tidak ramai yang mengenali ubi bit. Ia sebenarnya sangat baik kerana mampu menambah sel darah merah serta membantu menyegarkan kulit. Ubi bit mengandungi kalsium, magnesium, vitamin A dan E serta kalium.

BUAH-BUAHAN BERI

Jika diperhatikan banyak suplemen untuk kulit dihasilkan daripada ekstrak buah beri. Ini kerana kandungan vitamin C serta bahan antioksidan yang tinggi di dalam buah-buahan beri.

Ia melindungi kulit dari radikal bebas yang menyebabkan kanser serta membantu untuk melembutkan kulit.

Selamat untuk ibu hamil amalkan. Untuk kesihatan kulit anda.