16 December 2019

TEH BEZA JENIS DAN RASA TAPI KHASIAT SAMA


Mengikut cerita rakyat negeri China, teh mula terkenal di seluruh dunia apabila daun pokok Camellia Sinensis terjatuh secara tidak sengaja ke dalam cawan yang berisi air panas menggelegak milik Maharaja Sehnnong pada tahun 2737 sebelum masihi.

Tidak dapat dinafikan teh adalah sumber pemakanan terbaik untuk kesihatan. Namun perkara pertama yang perlu diberi perhatian, adakah teh yang anda minum itu adalah teh sebenar.

Teh asli diperoleh daripada pokok Camellia Sinensis. Terdapat empat jenis teh iaitu teh hijau, teh hitam, teh putih, teh pu-erh dan teh oolong. The herba adalah seduhan beberapa pokok berbeza dan secara teknikalnya bukanlah teh.

Antioksidan unik yang dikenali sebagai flavonoid terdapat dalam teh. Selain itu, teh turut mengandungi kafein dan theanine.  

Semakin banyak the diproses, ia menyebabkan kandungan polifenolnya semakin kurang. Teh oolong dan teh hitam telah banyak dioksida, jadi ia kurang kepekatan kandunan polifenol jika dibandingkan dengan teh hijau. Tetapi sebaliknya, kuasa pengoksidaan masih lagi tinggi.

Berikut adalah beberapa kajian yang telah menemui kebaikan beberapa jenis the berbeza untuk kesihatan.

TEH HIJAU

Dihasilkan daripada daun teh yang telah dikukus. Ia tinggi kandungan polifenol EGCG. Antioksidan teh hijau boleh menggangu pertumbuhan kanser pundi, payudara, paru-paru, perut, pankreas dan kolorektal.

Ia juga mampu mencegah penyumbatan arteri, membakar lemak, menterbalikkan semula tekanan oksidatif pada otak, mengurangkan risiko masalah neurologi seperti Alzheimer dan Parkinson, mengurangkan risiko strok dan memperbaik tahap kolestrol.

TEH HITAM

Dihasilkan daripada daun teh yang telah ditapai. Teh hitam memiliki kandungan kafein paling tinggi. Kajian telah menunjukkan teh hitam mampu melindungi paru-paru daripada kerosakan yang disebabkan pendedahan melampau kepada asap rokok. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan risiko strok.

TEH PUTIH

Dihasilkan daripada daun yang tidak ditapau mahupun diawet. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa teh hijau memiliki sifat-sifat antikanser yang kuat jika dibandingkan dnegan teh yang telah diproses.

TEH OOLONG

Dikatakan dalam satu kajian terhadap haiwan makmal telah menunjukkan haiwan yang telah diberikan antioksidan daripada teh oolong mampu merendahkan tahap kolestrol jahat.

TEH PU-ERH

Dihasilkan daripada daun teh tua yang telah ditapai. Ia dianggap sebagai teh hitam. Terdapat satu kajian terhadap haiwan makmal yang menunjukkan haiwan yang diberikan pu-erh kurang pertambahan berat badan dan pengurangan kolestrol LDL.

TEH HERBA

Teh herba adalah teh yang diperbuat daripada herba, buah-buahan, biji-biji atau akar yang direndam dalam air panas. Dikatakan teh herba memiliki kurang kepekatan antioksidan jika dibandingkan dengan teh hijau, teh puith, teh hitam dan teh oolong.

Berikut adalah penemuan sains terhadap beberapa the herba:

Teh Chammomile

Antioksidan yang terdapat dalam teh ini dikatakan mampu mencegah komplikasi akibat diabetes, penghilangan penglihatan, kerosakan saraf dan buah pinggang dan membantutkan pertumbuhan sel-sel kanser.

Teh Echinacea

Dikatakan ia adalah satu ramuan herba yang boleh digunakan untuk melawan selesema. Namun begitu, kajian terhadap echinacea masih lagi tidak mendapat sebarang keputusan tepat.

Teh Bunga Raya

Terdapat kajian kecil mendapati dengan meminum tiga cawan teh ini setiap hari mampu merendahkan tekanan darah mereka yang mengalami peningkatan tekanan darah sederhana.

Teh Rooibos (The Merah)

Ini adalah herba Afrika selatan yang telah ditapai. Walaupun ia dikatakan memiliki flavonoids dengan sifat-sifat melawan kanser, namun kajian perubatan yang dilakukan itu masih terhad.

3 December 2019

KENAL PASTI PUNCA BAYI MENANGIS DAN CARA MENGATASINYA

Sebagai ibu yang baru pertama kali melahirkan, pasti sukar untuk mengenal pasti punca sebenar bayi tiba-tiba menangis dan gelisah. Menangis dan bayi adalah perkara yang normal. Ada sesetengah ibu mungkin sudah faham apa yang bayi perlukan setiap kali mereka menangis. Tapi ada ketikanya bayi anda berterusan menangis sehingga membuatkan anda berasa panik dan tertekan.

Setiap bayi mempunyai keunikan mereka tersendiri, justeru mereka mempunyai alasa sendiri setiap kali menangis. Cara berikut untuk anda ketahui apa yang bayi anda cuba sampaikan melalui tangisan mereka dan cara anda menanganinya.
KELAPARAN
Perkara yang sering bermain di fikiran ibu setiap kali bayi menangis adalah kerana lapar. Bayi tidak akan berhenti menangis sehinggalah anda memberinya susu. Dia akan menangis berterusan dengan nada yang lebih tinggi dari biasa. Caranya tentulah dengan menyusukan mereka.
KURANG SELESA
Ada sesetengah bayi memang sangat sensitif terhadap beberapa perkara yang berada di sekeliling mereka. Salah satunya adalah fabrik pakaian yang terlalu kasar yang akan membuatkan bayi menangis kerana merasa gatal atau sakit.
Jika ini berlaku, ibu perlu memeriksa segala hal yang berhubungan dengan bayi terutamanya barangan yang digunakan dan berada di sekeliling bayi setiap hari.
PERLU PERHATIAN
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa bayi perlu selalu dipeluk. Mereka suka melihat wajah dan mereka kenal bau ibu mereka. Menangis adalah cara bayi ingin didekati atau mendapat perhatian. Dukunglah bayi anda dan peluklah mereka. Dengan cara tersebut mereka akan rasa selamat dan selesa seterusnya berhenti menangis.
GANGGUAN PADA PERUT
Perut kembung, memulas dan kolik merupakan penyebab lain yang membuatkan bayi menangis tanpa henti. Biasanya bayi akan berpeluh dan menangis secara berterusan, terutama sekali selepas selesai makan. Apa yang boleh anda buat adalah dengan cuba memeluk, mengenggam kaki dan mengerakkan kaki bayi seperti gerakan mengayuh basikal.
SAKIT
Bayi masih lagi menangis setelah anda melakukan pelbagai cara untuk menenangkan mereka. Itu adalah tanda mereka berasa tidak sihat. Tangisan bayi yang sakit agak berbeza dengan tangisan yang disebabkan oleh lapar dan sedih. Segeralah memeriksa suhu badan mereka dan bawa ke doktor untuk rawatan lanjut.
PERLU SENDAWA
Jika bayi menangis selepas menyusu, sendawa adalah perkara yang paling sesuai untuk mereka. Ketka menyusu, bayi akan tertelan udara atau menghisap udara dari botol. Hal ini akan menyebabkan mereka merasa tidak selesa kerana udara tersebut tidak dapat dikeluarkan oleh bayi yang masih kecil.
Untuk membantu bayi bersendawa, and aboleh menggosok bahagian belakang atau menepuk-nepuk bahagian tersebut secara perlahan.
SEMPUT
Bayi yang mengantuk selalunya akan tidur bila-bila masa dan di mana sahaja. Tapi ia menjadi sulit apabila bayi akan mengalami semput. Mereka biasanya akan menangis dan gelisah, malah tangisan bayi juga akan kedengaran putus-putus.
Salah satu cara adalah dengan membedung menggunakan kain lembut. Dengan berbuat demikian dapat memberikan mereka rasa yang selesa dan membantu untuk bayi cepat tertidur.

TUMBUH GIGI
Bayi akan tumbuh gigi biasanya akan kerap meengek dan menangis. Jika belum diketahui punca bayi menangis, anda boleh cuba memeriksa dalam mulut bayi menggunakan hujung jari anda. Jika berjaya menemui sesuatu yang keras di dalam mulut bayi, itu tandanya gigi mereka baru tumbuh.
Apa yang perlu anda buat adalah mencari lebih banyak info tentang gigi bayi dan cara untuk kurangkan rasa sakit mereka.
SUHU UDARA YANG TIDAK SESUAI
Suhu udara yang terlalu sejuk atau panas juga boleh membuatkan bayi menangis. Pakaian yang terlalu nipis daam suhu yang sejuk atau terlalu tebal dalam suhu yang panas akan membuatkan bayi anda menangis dengan muka yang berkerut. Segerelah menggantikan pakaian yang sesuai dengan suhu untuk menghentikan tangisan mereka.

Dengan sedikit pembacaan ini, ia dapat membantu ibu ayah diluar sana untuk lebih peka dan bersedia untuk menimang cahaya mata.