30 October 2019

9 CARA ELAK LEMAU KETIKA PUASA


Puasa dalam bahasa Arab boleh diertikan sebagai “menahan diri”. Dari segi istilah syarak, puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari beserta niat”.

Kerana itulah puasa  adalah perkara wajib ketika sudah menjelang bulan Ramadhan. Ini kerana ia termasuk dalam rukun islam bagi semua umat islam diseluruh dunia. Bila berpuasa semestinya perut akan kosong semasa siang hari dan akan berbuka selepas maghrib.

Perut kosong ini akan menggangu sesiapa sahaja bila bermulanya berpuasa, tidak hairanlah jika ada yang pening kepala, migraine dan sebagainya. Ia juga membuatkan anda rasa lesu dan lapar. Walaupun setiap tahun anda berpuasa sudah pasti keadaan yang sama akan dialami.

Bagaimana mahu mengelakkan tubuh letih dan lesu ketika berpuasa? Ikuti cara ini.

SOLAT 5 WAKTU

Tanpa solat 5 waktu puasa yang dijalani itu tidak sempurna. Ketika berpuasa inilah umat islam perlu mencari sebanyak mana pahala dan sentiasa berdoa meminta keampunan daripada Allah S.W.T.  Di bulan yang mulia inilah perlunya anda melakukan ibadah sekerap yang mungkin. Banyak kebaikan dan pahala yang telah Allah janjikan bagi sesiapa yang menunaikannya.

PILIH AIR KOSONG

Jika pilihan anda minuman berkafien atau minuman penambah tenaga sebagai cara untuk memberi tenaga dan berjaga, anda perlu kurangkan tabiat ini. Sebaliknya, gantikan dengan air kosong kerana ia akan menghidrat tubuh dan memastikan minda anda dalam keadaan segar.

MANFAATKAN TIDUR

Tidur yang terlalu lama atau terlalu sebentar akan menyebabkan tubuh mengalami kelesuan dan sentiasa mengantuk. Cubalah tidur selepas solat terawih. Tidur seketika sebelum waktu zohor akan membantu juga anda kekal bertenaga dan boleh melakukan ibadah sepanjang hari.

RANCANG AWAL JADUAL ANDA

Rancang jadual masa anda di bulan Ramadhan  agar anda tidak focus kepada cabaran berpuasa. Buat perkara yang mendatangkan faedah kepada masa seperti bekerja, beribadah atau menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.

Jika ada masa terluang, anda boleh menawarkan diri untuk melakukan aktiviti amal. Cara ini bukan sahaja membuat anda sibuk tetapi boleh menambah pahala ketika dibulan puasa.

PERBAIKI PERNAFASAN

Anda perlu bernafas dengan lebih baik. Terdapat pelbagai teknik yang boleh anda pelajari didalam internet mahupun melalui pembacaan buku-buku yang berkaitan. Tiga peraturan utama yang penting adalah :
  • Bernafas melalui hidung
  • Bernafas dengan mendalam (gunakan diafragma)
  • Bernafas secara perlahan-lahan
Kualiti oksigen yang disedut dan kebolehan untuk mengeluarkan karbon dioksida adalah penting untuk kesihatan sel-sel buat jangka masa yang lama. Penafasan yang tidak sempurna menghalang kurangnya oksigen memasuki sel-sel, otak dan jantung.

Ini akan memberi kesusahan kepada organ tersebut untuk menjalankan fungsinya pada tahap optimum. Inilah yang menyebabkan kita rasa letih dan kurang bertenaga.

KAWAL KEMARAHAN

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh umat islam ketika berpuasa adalah memperbaiki perwatakan dalam mengawal kemarahan. Berpuasa dalam bulan Ramadhan sebenarnya mengajar seseorang itu bertoleransi dan bersikap rendah diri. Oleh itu, janganlah marah ketika berpuasa.

BERSENAM

Senaman yang kerap adalah penting kerana ia adalah jalan pantas untuk tubuh bernafas dengan mendalam. Jika senaman itu dilakukan dengan betul, walaupun hanya berjalan pantas, ia memberikan rangsangan tenaga yang diperlukan tubuh. Jadualkan sedikit senaman ketika berpuasa.

ALIHKAN FOKUS

Minda kita adalah alat paling menakjubkan. Ia memberi tumpuan pada satu perkara dan seterusnya menghiraukan perkara lain. Ini bermakna jika anda tanamkan pada minda bahawa anda tidak lapar dan letih sudah pasti tubuh akan menghiraukan rasa lapar dan lesu itu.

MAKAN DENGAN BIJAK

Anda ingatkan apa yang dimakan lebih kurang tiga jam lalu? Semalam? Atau waktu sahur tadi? Makan bukan hanya proses fizikal tetapi ia turut melibatkan minda dan emosi.

Sebelum makan, anda perlu Tanya adakah jenis makanan atau kuantiti makanan yang diperlukan untuk anda hidup sihat. Rancang makanan sahur dan buka puasa. Ini termasuklah makanan yang akan mengekalkan tahap tenaga keseluruhan hari.

Pastikan juga anda mengunyah makanan dengan sempurna. Elakkan mengambil makanan yang mengandungi gula dan kanji sebelum tidur.

BIASAKAN DAN JADIKAN SEBAGAI RUTIN WALAUPUN BUKAN KETIKA BULAN PUASA

No comments:

Post a Comment