Puasa dalam bahasa Arab boleh
diertikan sebagai “menahan diri”. Dari segi istilah syarak, puasa bermaksud “menahan
diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula
dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari beserta niat”.
Kerana itulah puasa adalah perkara wajib ketika sudah menjelang
bulan Ramadhan. Ini kerana ia termasuk dalam rukun islam bagi semua umat islam
diseluruh dunia. Bila berpuasa semestinya perut akan kosong semasa siang hari
dan akan berbuka selepas maghrib.
Perut kosong ini akan menggangu
sesiapa sahaja bila bermulanya berpuasa, tidak hairanlah jika ada yang pening
kepala, migraine dan sebagainya. Ia juga membuatkan anda rasa lesu dan lapar. Walaupun
setiap tahun anda berpuasa sudah pasti keadaan yang sama akan dialami.
Bagaimana mahu mengelakkan tubuh
letih dan lesu ketika berpuasa? Ikuti cara ini.
SOLAT 5 WAKTU
Tanpa solat 5 waktu puasa yang
dijalani itu tidak sempurna. Ketika berpuasa inilah umat islam perlu mencari
sebanyak mana pahala dan sentiasa berdoa meminta keampunan daripada Allah
S.W.T. Di bulan yang mulia inilah
perlunya anda melakukan ibadah sekerap yang mungkin. Banyak kebaikan dan pahala
yang telah Allah janjikan bagi sesiapa yang menunaikannya.
PILIH AIR KOSONG
Jika pilihan anda minuman
berkafien atau minuman penambah tenaga sebagai cara untuk memberi tenaga dan berjaga,
anda perlu kurangkan tabiat ini. Sebaliknya, gantikan dengan air kosong kerana
ia akan menghidrat tubuh dan memastikan minda anda dalam keadaan segar.
MANFAATKAN TIDUR
Tidur yang terlalu lama atau
terlalu sebentar akan menyebabkan tubuh mengalami kelesuan dan sentiasa
mengantuk. Cubalah tidur selepas solat terawih. Tidur seketika sebelum waktu
zohor akan membantu juga anda kekal bertenaga dan boleh melakukan ibadah
sepanjang hari.
RANCANG AWAL JADUAL ANDA
Rancang jadual masa anda di bulan
Ramadhan agar anda tidak focus kepada
cabaran berpuasa. Buat perkara yang mendatangkan faedah kepada masa seperti
bekerja, beribadah atau menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.
Jika ada masa terluang, anda boleh
menawarkan diri untuk melakukan aktiviti amal. Cara ini bukan sahaja membuat
anda sibuk tetapi boleh menambah pahala ketika dibulan puasa.
PERBAIKI PERNAFASAN
Anda perlu bernafas dengan lebih
baik. Terdapat pelbagai teknik yang boleh anda pelajari didalam internet
mahupun melalui pembacaan buku-buku yang berkaitan. Tiga peraturan utama yang
penting adalah :
- Bernafas melalui hidung
- Bernafas dengan mendalam (gunakan
diafragma)
- Bernafas secara perlahan-lahan
Kualiti oksigen yang disedut dan
kebolehan untuk mengeluarkan karbon dioksida adalah penting untuk kesihatan
sel-sel buat jangka masa yang lama. Penafasan yang tidak sempurna menghalang
kurangnya oksigen memasuki sel-sel, otak dan jantung.
Ini akan memberi kesusahan kepada
organ tersebut untuk menjalankan fungsinya pada tahap optimum. Inilah yang
menyebabkan kita rasa letih dan kurang bertenaga.
KAWAL KEMARAHAN
Perkara pertama yang perlu
dilakukan oleh umat islam ketika berpuasa adalah memperbaiki perwatakan dalam
mengawal kemarahan. Berpuasa dalam bulan Ramadhan sebenarnya mengajar seseorang
itu bertoleransi dan bersikap rendah diri. Oleh itu, janganlah marah ketika
berpuasa.
BERSENAM
Senaman yang kerap adalah penting
kerana ia adalah jalan pantas untuk tubuh bernafas dengan mendalam. Jika senaman
itu dilakukan dengan betul, walaupun hanya berjalan pantas, ia memberikan
rangsangan tenaga yang diperlukan tubuh. Jadualkan sedikit senaman ketika
berpuasa.
ALIHKAN FOKUS
Minda kita adalah alat paling
menakjubkan. Ia memberi tumpuan pada satu perkara dan seterusnya menghiraukan
perkara lain. Ini bermakna jika anda tanamkan pada minda bahawa anda tidak
lapar dan letih sudah pasti tubuh akan menghiraukan rasa lapar dan lesu itu.
MAKAN DENGAN BIJAK
Anda ingatkan apa yang dimakan
lebih kurang tiga jam lalu? Semalam? Atau waktu sahur tadi? Makan bukan hanya
proses fizikal tetapi ia turut melibatkan minda dan emosi.
Sebelum makan, anda perlu Tanya adakah
jenis makanan atau kuantiti makanan yang diperlukan untuk anda hidup sihat. Rancang
makanan sahur dan buka puasa. Ini termasuklah makanan yang akan mengekalkan
tahap tenaga keseluruhan hari.
Pastikan juga anda mengunyah
makanan dengan sempurna. Elakkan mengambil makanan yang mengandungi gula dan
kanji sebelum tidur.
BIASAKAN DAN JADIKAN SEBAGAI RUTIN WALAUPUN BUKAN KETIKA BULAN PUASA