13 February 2019

5 Cara Alami Hilangkan Strech Mark Pada Tubuh Anda



Regangan/kulit tegang hingga meninggalkan kesan "strech mark" pada kulit berpunca dari pembesaran badan yang mendadak. Ia kerap berlaku pada ibu yang sedang hamil.

Ia juga berlaku sekiranya wujud ketidakseimbangan hormon dalam badan, kesan pengambilan steroid, dan juga pada mereka yang kekurangan ZINK dalam diet harian.

Ia juga membelenggu golongan yang berdepan dengan masalah berat badan. Sakitnya mata melihat strech mark yang sering terjadi kepada wanita selepsa bersalin.

Biasanya stretch mark terjadi dibahagian perut, paha dan betis. Sudah pasti masalah ini membuatkan wanita runsing. Untuk alternative pada pusat estetik, ada cara alami yang berkesan dan selamat untuk mengatasi masalah strech mark. Jom cuba!


MINYAK ZAITUN
Kandungan zat linoleic acid di dalam minyak zaitun membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Minyak zaitun juga banyak mengandungi antioksidan yang disebut polifenol yang membantu meregenerasi kulit. Untuk menghilangkan strech mark, campurkan satu sudu madu bersama minyak zaitun.

Sapukan pada bahagian tubuh yang bermasalah. Lakukan setiap hari, strech mark akan berkurangan dan hilang perlahan-lahan.


COCOA BUTTER


Kandungan potassium, mangan dan Vitamin E dalam cocoa butter membantu melembutkan dan melembapkan kulit. Ia juga mengurangkan masalah strech mark.

Sapukan cocoa butter dua kali sehari pada kulit, hasilnya pasti membuatkan anda gembira. 





LULUR COKLAT



Coklat bukan sahaja enak dimakan malah ia juga merawat pelbagai masalah kulit. Oleskan lulur coklat pada tubuh dua kali seminggu.

Biarkan lulur kering, kemudian bilas dengan air putih. Jika mahukan hasil yang lebih berkesan, gosok bahagian bermasalah dengan air perahan lemon.


SKRUB KOPI


Bagi menghilangkan selulit, sel kulit mati dan mengatasi strech mark, skrub tubuh dengan kopi. Ia membuatkan kulit lebih halus dan anjal. 
Parut-parut juga akan pudar dan hilang secara semulajadi.




LIDAH BUAYA


Bagi menganjalkan kulit, sapukan lendir lidah buaya. Ia membantu menghilangkan strech mark dan membuatkan kulit cerah serta lembap.

Biarkan lendir lidah selama 15 minit pada bahagian bermasalah, kemudian bilas dengan air bersih.




Lelaki mahupun wanita boleh amalkan untuk menghilangkan strech mark yang memang sudah berleluasa pada tubuh anda. Lakukan dengan secara alami lebih mudah dan selamat.

No comments:

Post a Comment