Regangan/kulit tegang hingga meninggalkan
kesan "strech mark" pada
kulit berpunca dari pembesaran badan yang mendadak. Ia kerap berlaku pada ibu
yang sedang hamil.
Ia juga berlaku sekiranya wujud
ketidakseimbangan hormon dalam badan, kesan pengambilan steroid, dan juga pada
mereka yang kekurangan ZINK dalam diet harian.
Ia juga membelenggu golongan yang berdepan
dengan masalah berat badan. Sakitnya mata melihat strech mark yang sering terjadi kepada wanita selepsa bersalin.
Biasanya stretch mark terjadi dibahagian
perut, paha dan betis. Sudah pasti masalah ini membuatkan wanita runsing. Untuk
alternative pada pusat estetik, ada cara alami yang berkesan dan selamat untuk
mengatasi masalah strech mark. Jom cuba!
MINYAK ZAITUN
Kandungan zat linoleic acid di dalam
minyak zaitun membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Minyak zaitun juga banyak mengandungi
antioksidan yang disebut polifenol yang membantu meregenerasi kulit. Untuk menghilangkan
strech mark, campurkan satu sudu madu
bersama minyak zaitun.
Sapukan pada bahagian tubuh yang
bermasalah. Lakukan setiap hari, strech mark
akan berkurangan dan hilang perlahan-lahan.
COCOA BUTTER
Kandungan potassium, mangan dan Vitamin E
dalam cocoa butter membantu melembutkan dan melembapkan kulit. Ia juga
mengurangkan masalah strech mark.
Sapukan cocoa butter dua kali sehari pada
kulit, hasilnya pasti membuatkan anda gembira.
LULUR COKLAT
Coklat bukan sahaja enak dimakan malah ia
juga merawat pelbagai masalah kulit. Oleskan lulur coklat pada tubuh dua kali
seminggu.
Biarkan lulur kering, kemudian bilas
dengan air putih. Jika mahukan hasil yang lebih berkesan, gosok bahagian
bermasalah dengan air perahan lemon.
SKRUB KOPI
Bagi menghilangkan selulit, sel kulit mati
dan mengatasi strech mark, skrub
tubuh dengan kopi. Ia membuatkan kulit lebih halus dan anjal.
Parut-parut juga
akan pudar dan hilang secara semulajadi.
LIDAH BUAYA
Bagi menganjalkan kulit, sapukan lendir
lidah buaya. Ia membantu menghilangkan strech
mark dan membuatkan kulit cerah serta lembap.
Biarkan lendir lidah selama 15 minit pada
bahagian bermasalah, kemudian bilas dengan air bersih.
Lelaki mahupun wanita boleh amalkan untuk
menghilangkan strech mark yang memang
sudah berleluasa pada tubuh anda. Lakukan dengan secara alami lebih mudah dan
selamat.