29 January 2019

INFLAMASI Adalah punca bagi kebanyakan penyakit.


Inflamasi mula berlaku apabila bahagian tubuh terasa panas, merah dan bengkak termasuk panas badan dan gusi bengkak.

Ia gejala yang dianggap biasa bagi rakyat Malaysia, tidak mengira bangsa. Walaubagaimanapun, inflamasi yang berpanjangan memberi kesan kepada kesihatan, menyebabkan kecederaan yang tidak kelihatan di dalam tisu, saluran darah dan juga sendi anda.

PUNCA INFLAMASI

Tidur tidak mencukupi

Tidur yang tidak mencukupi boleh tingkatkan inflamasi dalam badan. Ia juga boleh menyebabkan badan yang tidak cukup rehat dan kerap kepenatan. Ia juga dapat mengurangkan tenaga anda sepanjang hari apabila anda kurang tidur.

Stress berpanjangan

Tidur yang tidak cukup boleh membuatkan anda stress berpanjangan. Stress boleh menyebabkan anda terlalu berfikir dan dapat tingkatkan tekanan pada saluran darah anda.

Pengambilan makanan tinggi lemak dan gula

Pengambilan makanan yang tidak terkawal juga boleh meningkatkan inflamasi pada tubuh badan anda. Jika anda terlalu banyak ambil pemakanan yang tidak seimbang, kurangkan daripada sekarang !

Merokok

Biasanya tidak terlalu menonjol kerana orang yang merokok, apabila mereka stress mereka ambil menghisap seberapa banyak yang boleh kerana untuk kurangkan fikiran yang bercelaru. Bagi mereka yang merokok, perlu untuk kurangakn bagi penjagaan sel, tisu dan sendi anda berada dalam keadaan yang baik.

KURANGKAN INFLAMASI DENGAN ASID LEMAK OMEGA -3

Kawal inflamasi dengan asid lemak omega-3, antiflamasi semulajadi yang terbukti. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan asid lemak omega-3 membantu :-

Mengenalpasti dan menghancurkan protein yang menyebabkan inflamasi

Menukar sifat dan fungsi sel yang menyebabkan inflamasi

Meningkatkan pengeluaran protein yang mengurangkan inflamasi

BIL
PUNCA MASALAH
PENGAMBILAN ASID LEMAK OMEGA-3
1
Minda Yang Bercelaru

Sejenis gangguan minda, minda yang bercelaku berlaku apabila otak anda mengalami inflamasi, menyebabkan hubungan yang lemah antara sel-sel otak yang membawa kepada :

·         Memori yang lemah dan tempoh fokus yang pendek
·         Meningkatkan risiko migraine
·         Meningkatkan risiko penyakit Alzheimer
Kejelasan Minda

Memperkuat hubungan antara sel otak dan pada masa yang sama menyokong pengasilan sel-sel otak baru, asid lemak omega-3 memastikan anda mempunyai :

·         Memori yang lebih kuat dan tempoh focus yang lebih panjang
·         Mengurangkan kekerapan dan migraine yang teruk
·         Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer
2
Lemah Jantung

Inflamasi menyebabkan penebalan dan penyempitan saluran darah di dalam jantung anda, mengakibatkan :

·         Tekanan darah tinggi
·         Degupan jantung yang tidak konsisten
·         Sesak dan sakit dada
Jantung Kuat

Asid lemak omega-3 mengurangkan inflamasi, memastikan saluran darah lebih sihat supaya anda akan mengalami :

·         Tekanan darah yang sihat
·         Degupan jantung yang sihat dan konsisten
·         Peredaran darah yang sihat serta kurang sesak dan sakit dada
3
Sakit Sendi

Oleh kerana penggunaan harian, ia menyebablan inflamasi berlaku, meningkatkan aliran darah dan melepaskan protein imun yang bocor ke dalam tisu, menyebabkan :

·         Kesakitan sendi
·         Kekejangan sendi
·         Bengkak sendi
Sedi Fleksibel

Asid lemak omega-3 membantu menyokong penghasilan  pelincir sendi, mengurangkan inflamasi sendi supaya anda boleh menikmati :

·         Sakit sendi yang kurang
·         Pergerakan sendi yang selesa
·         Mengurangkan kejadian bengkak sendi



PENUNJUK INFLAMASI

Bacaan C. Reactive Protein (CRP) dalam keputusan ujian darah anda menentukan tahap inflamasi badan anda. Bacaan lebih daripada 1.0mg/L menunjukkan inflamasi yang sederhana dan berisiko mengalami penyakit berkaitan inflamasi, maka haling inflamasi dengan asid lemak omega 3 sekarang !

No comments:

Post a Comment