Sesetengah lelaki merasakan daya ketahanan badan yang
dimilikinya lebih kuat berbanding dengan wanita. Namun harus diingat, ada juga
lelaki yang mempunyai kebiasaan atau tabiat buruk yang boleh membahayakan kesihatan
dirinya tanpa disedari.
Sudah menjadi lumrah seorang lelaki akan rasa mereka
kuat untuk melawan segala penyakit yang mendatang tanpa diundang tapi akan
lebih parah jika dibiarkan. Jadi mereka tanpa sedar akan membuatkan diri mereka
sendiri dalam keadaan bahaya.
ELAK BERJUMPA DOKTOR
Lelaki jarang sekali ingin berjumpa doctor apabila
sakit. Anggapannya, boleh sembuh dengan hanya mengambil ubat tahan sakit. Kesannya,
mungkin akan lebih teruk jika berterusan dan boleh jadi diagnosis penyakit yang
sukar untuk disembuhkan.
PENDAM PERASAAN
Kebanyakan lelaki lebih suka memendam perasaan, tidak
suka bercerita untuk meluahkan atau meminta bantuan dan nasihat daripada orang
lain berbanding wanita. Kesannya, lebih banyak lelaki mengalami depresi dan
risiko serangan jantung lebih tinggi.
STRESS KERJA
Masalah stress di tempat kerja memang tidak boleh
lari. Tetapi kajian yang dilakukan oleh Medicash pada 3000 orang pekerja
mendapati lelaki empat kali lebih mudah mengalami masalah kesihatan berbanding
wanita. Stress kerja boleh menyebabkan depress, penyakit jantung dan strok.
TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN
Penelitian oleh American Society for Microbiology and
the Soap and Detergent Association mendapati 1/3 daripada lelaki tidak mencuci
tangan selepas menggunakan tandas. Ini kerana tidak mencuci tangan adalah cara
paling mudah penyebaran kuman dan jangkitan.
MALAS GOSOK GIGI
Penelitian oleh American Dental Association mendapati
hanya 66 peratus lelaki menggosok gigi sebanyak dua kali sehari berbanding
wanita sebanyak 86 peratus. Jika perkara ini tidak dititikberatkan, mungkin
boleh terkena beberapa penyakit seperti jangkitan gigi hingga menyebabkan
penyakit jantung, mati pucuk dan demensia.
SUKA MENGAMBIL MAKANAN SEGERA
Kajian yang dilakukan oleh Pew Research Center
menunjukkan 47 peratus lelaki makan di restoran segera sekurangnya seminggu
sekali berbanding wanita hanya 35 peratus sahaja. Lebih baik anda kurangkan
pengambilan makanan segera dan pilihlah makanan sihat dari rumah.
Sama-sama kita menjaga kaum lelaki di sekeliling kita untuk kesihatan mereka yang baik.
No comments:
Post a Comment