Setiap orang ada masalah yang
berbeza seperti jerawat batu, kulit muka kering, berminyak dan sebagainya. Tapi
salah satu masalah muka nie adalah MASALAH JERAGAT.
Masalah JERAGAT nie kadang kita
tidak sedar yang ia dah hinggap kat muka kita kerana ia terjadi sedikit demi
sedikit sehingga ia kelihatan makin teruk.
Jangan ambil mudah bila muka kita
dah mula Nampak tompok-tompok hitam ! Jika tidak dirawat ia akan menjadi
masalah jeragat yang teruk. Jeragat yang tidak dirawat akan menjadi lagi hitam
dan berkerak.
63% akan kelihatan
sekitar hidung dan dagu
21% akan terjadi di
sekitar pipi dan hidung
16% biasanya akan kelihatan sekitar dibawah
rahang
Jom kita tengok punca
terjadinya jeragat di muka
Matahari
Sinar matahari
mengandungi sinar UV A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit. UV A
merosakkan sel bawah kulit dan UVB pula sel luar kulit. Kesan sinar UV ini
bukan saja menyebabkan pigmentasi atau jeragat malah boleh membawa kepada
kanser kulit.
Kehamilan
Kebiasaanya wanita hamil
akan mengalami banyak masalah disebabkan hormon yang tidak menentu. Jadi, ibu
mengandung disarankan untuk mengambil nutrisi yang cukup untuk memastikan kulit
sentiasa sihat. Masalah biasa ialah kegatalan, kulit pecah, jerawat, eczema dan
jeragat. Pada sesetengah jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin tetapi
ramai juga terus mengalami jeragat.
Ubat-ubatan
Pengambilan beberapa jenis ubat yang memberi ‘side effect’
juga boleh menjadi punca jeragat yang karang kita sedari dan juga ubat-ubat
yang tidak diluluskan oleh KKM.
Rawatan hormon
Kajian menunjukkan
rawatan hormon (pil) yang mengandungi hormon progesterone, pertukaran hormon,
implan banyak mengalami masalah jeragat. Punca jeragat ini menyebakan hormon menjadi
tidak stabil. Jangan biarkan anda dibelenggu oleh masalah hormon!
Wangian
Pewangi, sabun wangi dan
kosmetik yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic’ adalah diantara punca
terjadinya jeragat. Oleh itu dicadangkan untuk memilih produk atau ubat yang
lebih natural seperti suplemen.
Hormon tidak seimbang
Hormon yang tidak
seimbang juga membawa kita kepada masalah jeragat. Atasilah dengan
sebaik mungkin.
Hypothyroidism
Ia juga dikenali sebagai
keadaan dimana paras hormon tiroid rendah.
Pemilihan produk yang
salah
Kadang-kadang kita nie
ada nafsu semua nak cepat cantik, cepat putih, dan sebagainya. Jadi tindakan
segera kimia yang berbahaya itulah yang akan membuatkan masalah kulit muka
menjadi lebih teruk sekiranya kita berhenti pakai atau sering bertukar-tuakr
produk.
Penjagaan muka yang tidak
berterusan
Kadang kala kita leka
dengan kebersihan muka kita. Bila pakai solekan balik-balik rumah dan penat
terus tidur tanpa mencuci muka terlebih dahulu. Sifat yang sambil lewa inilah
yang akan menjadikan punca terjadinya jeragat dimuka anda. Jangan biarkan diri
anda dihinggapi tompok-tompok hitam! Tak cantik nanti tauuuu.
Tapi untuk mencegah terjadinya jeragat yang bertambah di muka.. Boleh cuba set ini 4 CARA MERAWAT DARI DALAM
dan baca testimoni disini yang jeragatnya semakin berkurang selepas mengamalkan produk semulajadi jeragat semakin pudar
Tapi untuk mencegah terjadinya jeragat yang bertambah di muka.. Boleh cuba set ini 4 CARA MERAWAT DARI DALAM
dan baca testimoni disini yang jeragatnya semakin berkurang selepas mengamalkan produk semulajadi jeragat semakin pudar
Dengan pengkongsian dari
ini membantu anda di luar sana untuk lebih berhati-hati dan menjadikan diri
lebih disiplin tentang penjagaan muka. Sila ambil tahu punca dan masalah
jeragat yang terjadi pada wajah anda.
No comments:
Post a Comment